Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Syarikat Bakal Tanam Cip...

SEBUAH syarikat di Wisconsin mengumumkan rancangan untuk memasang microchip di bawah kulit di...

Kegiatan Jenayah Di Hilir...

TELUK INTAN - Kegiatan jenayah termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Hilir Perak...

KPKT Buka Tender Pembelian...

PASIR PUTEH - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuka tender bagi...

Eskalator Resort World Genting...

KUALA LUMPUR - Eskalator pelbagai tingkat yang terletak di antara Hotel Genting Grand...

Program ‘Labbaikallah’ Bawa Penonton Ke Tanah Suci

KUALA LUMPUR – Sempena kedatangan musim haji, TV AlHijrah selaku stesen penyiaran kandungan Islam bakal menyajikan rancangan berjudul ‘Labbaikallah’ secara langsung sebanyak 17 episod.

Program yang akan berkongsi info dan perkembangan terkini mengenai perjalanan jemaah haji di Tanah Suci ini akan disiarkan setiap hari pada jam 9.00 hingga 10.00 malam bermula 29 Ogos.

Menariknya, program ini akan dikelolakan oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Selain Ustaz Don, program ini turut ‘dimeriahkan’ dengan kehadiran tetamu jemputan termasuk artis-artis terkenal yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam membicarakan topik-topik tertentu.

Antara tajuk yang bakal dibicarakan sepanjang 17 episod ialah Tetamu Allah, Pada Mu Aku Datang, Lembaran Kiswah, Memori Kapal Haji dan Backpakers Tanah Haram serta pelbagai lagi topik menarik.

Berbeza daripada saluran televisyen yang lain, Labbaikallah menerusi TV AlHijrah ini juga akan memuat naikkan panduan interaktif haji seperti trivia, kapsul, info dan tip untuk para bakal haji.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar berkata, Labbaikallah musim keenam ini mempunyai kelainan yang tersendiri yang mampu ‘menambat’ hati penonton.

Program 'Labbaikallah' Bawa Penonton Ke Tanah Suci

TV AlHijrah telah melakukan kajian untuk program ini… kajian inilah apa yang penonton mahukan.

“Rancangan ini bakal bawa pakar rujuk haji, Datuk Dr. Zulkifli iaitu Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Don sebagai hos, ahli sukan dan selebriti seperti Neelofa, yang semua tahu dia akan mengerjakan haji buat pertama kalinya. 


“Selain itu, rancangan ini juga akan membuat siaran langsung khutbah di Arafah.

“Apa yang diharapkan, program ini akan menarik umat Islam yang menontonnya kembali kepada jalan dakwah,” katanya ketika sidang media pelancaran program Labbaikallah di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam pada itu, penonton setia rancangan Labbaikallah boleh berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Proton Saga, manakala hadiah kedua iaitu tiga buah motosikal Modenas dan 6 pakej umrah.

Program 'Labbaikallah' Bawa Penonton Ke Tanah Suci

Caranya dengan menyertai kuiz terkumpul yang akan diberikan di penghujung setiap rancangan. Borang jawapan boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.tvalhijrah.com/labbaikallah selepas episod terakhir.

Jawapan yang tepat beserta slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori