Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cedera Tak Patahkan Semangat...

PARIT - Tiada yang akan mematahkan semangat seorang anggota bomba untuk terus memberi...

MH17: Pesawat MH19 Bawa...

SEPANG - Pesawat komersial MH19 yang membawa sembilan jenazah, termasuk dua juruterbang pesawat...

9 RUU Dibentang Untuk...

KUALA LUMPUR : Rang Undang-Undang (RUU) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024...

Jakim Terbitkan Kit Panduan...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di...

Public Mutual Umum Agihan RM119 Juta Untuk 11 Dana

KUALA LUMPUR – Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, mengumumkan agihan melebihi RM119 juta untuk 11 dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2016.

Dana-dana tersebut ialah Public SmallCap Fund, Public Indonesia Select Fund, Public Strategic Growth Fund, Public Sukuk Fund, PB China Australia Equity Fund, PB Asia Emerging Growth Fund, PB Islamic Asia Strategic Sector Fund, PB Islamic Equity Fund, PB Indonesia Balanced Fund, PB Bond Fund dan PB Sukuk Fund.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut berkata Public Sukuk Fund, PB Islamic Equity Fund, PB Bond Fund dan PB Sukuk Fund terbuka kepada Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Semua Siri PB Fund diagihkan melalui cawangan Public Bank di seluruh negara, manakala Siri Public Fund diagihkan oleh perunding unit amanah Public Mutual,” katanya.

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia yang memiliki lebih daripada 100 unit dana amanah di bawah pengurusannya.


Ia juga merupakan penyedia Skim Persaraan Swasta (PRS), yang menguruskan sembilan dana PRS. Ia mempunyai 32 cawangan/pusat khidmat pelanggan di seluruh negara.

Setakat hujung Julai, jumlah saiz dana keseluruhan yang diurus oleh syarikat tersebut bernilai RM68.8 bilion. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori