Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Komited Lengkapkan Ratifikasi...

KUALA LUMPUR - Malaysia komited untuk melengkapkan proses ratifikasi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau...

Promosi Usahawan IKS Mynewshub...

SETELAH bertungkus-lumus sejak sekian lama, portal pilihan anda, Mynewshub.cc kini berada dalam ranking terbaik...

PLKN Akan Dilaksanakan Semula...

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan...

12 Maut, Lebih 170...

BEIJING – Sekurang-kurangnya 12 terbunuh apabila gempa bumi 6.5 magnitud menggegarkan barat daya...

PVATM Bina Lebih 2,000 Rumah Di Taman LTAT Bukit Jalil

KOTA BHARU – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) akan membina lebih 2,000 unit rumah di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi membantu anggota pasukan keselamatan itu memiliki kediaman sendiri.

Presidennya, Senator Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor berkata rumah berkenaan akan dijual dengan harga 70 peratus daripada amaun maksimum pinjaman yang dilakukan anggota tentera berkenaan.

“Contohnya, jika had maksimum pinjaman anggota tentera itu RM200,000, maka rumah berkenaan akan dijual 30 peratus lebih murah kepada mereka (bergantung kepada syarat-syarat tertentu).

“Ini bagi membolehkan mereka memiliki kediaman sendiri sebelum berhenti atau bersara daripada perkhidmatan. Kita jangka rumah berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan PVATM Kelantan ke-48 di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Mej Jen Datuk Mohamad Khir Abdullah itu, turut dihadiri Yang Dipertua PVATM Kelantan Datuk Muhammad Abd Ghani dan Panglima Markas Briged Kelapan Infantri Brig Jen Nazari Abd Hadi.

Dalam perkembangan sama, Mohd Anwar berkata pihaknya sedang menyiapkan kerja tapak bagi pembinaan 200 unit rumah kepada pesara dan bekas anggota tentera di Segari, Perak, di tapak seluas 12.14 hektar.


Beliau berkata rumah berkeluasan kira-kira 1,000 kaki persegi itu akan dijual di bawah harga RM100,000 dan mengambil masa kira-kira dua tahun untuk disiapkan.

Katanya, setakat ini hanya kerajaan Perak yang bersetuju untuk memberi tanah kepada persatuan itu bagi membina rumah kepada pesara dan bekas anggota tentera.

“Negeri Sembilan pula bersetuju agar pihak pemaju memperuntukkan sebahagian kecil rumah dalam mana-mana projek perumahan kepada pesara dan bekas anggota tentera.

“Bagi negeri-negeri lain pula, persatuan sedang mengadakan perbincangan lanjut agar pesara dan bekas anggota tentera mendapat pembelaan sewajarnya,” kata beliau. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PVATM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori