SEORANG ibu dari United Kingdom dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah menghasilkan video aksi lucah dengan anak lelakinya sendiri.
Si ibu berusia 36 tahun itu merakamkan aksi seks dengan anak lelakinya yang berusia 14 tahun dan kemudiannya menghantar rakaman tersebut kepada sepupunya yang tingal di Pakistan.
Selain tuduhan itu, dia juga didakwa mengambil gambar anak perempuannya yang berusia tiga tahun dalam keadaan berbogel.
Perbuatan wanita itu tertangkap selepas anak perempuannya menemui video tersebut di telefon bimbit anak lelakinya itu.
Menurut pendakwaraya, Ian Kolvin, video berkenaan menunjukkan rakaman pasangan ibu dan anak itu melakukan seks oral dan pelbagai lagi aksi lucah lain.
Hasil soal siasat mendapati, wanita itu bertindak menghantar video tersebut kepada sepupunya untuk memuaskan nafsu lelaki terbabit. – MYNEWSHUB.CC