Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tidak Jangka Menang, Faizal...

KUALA KUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir meminta maaf kerana pulang lebih awal sebelum...

Hantar Penyata Syarikat Sebelum...

PENGARAH syarikat boleh didenda sebanyak RM2,000 di bawah Akta Syarikat 1965 sekiranya mereka...

Akhirnya.. Fara Fauzana Akui...

LEBIH senang berdiam diri, kisah kehidupan peribadi pengacara dan penyampai radio terkenal, Fara...

Tembakan Di Jordan: 2...

KUALA LUMPUR - Dua daripada 20 rakyat Malaysia yang berada di Karak Castle,...

Rakyat Malaysia Bawa Dadah Ditahan Di Medan

JAKARTA – Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Kuala Namu di Medan, Sumatera Utara petang semalam setelah didapati membawa 1,025 gram dadah sintetik dalam poket seluarnya.

Media tempatan hari ini memetik Ketua Polis Daerah Deliserdang Robert Da Costa sebagai berkata, lelaki berusia 27 tahun itu berasal dari Pulau Pinang dan tiba dengan menaiki pesawat tambang rendah dari negeri itu.

Katanya, pasukan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Kuala Namu mengesyaki sesuatu apabila lelaki terbabit dilihat dalam keadaan mencurigakan untuk melepasi bahagian pemeriksaan.

Beliau berkata setelah membuat pemeriksaan tubuh, mereka menemukan 10 paket dadah yang dibungkus dalam sarung kaki dan disembunyikan dalam poket seluar lelaki terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati dadah itu dipercayai jenis methampetamine seberat 1,025 gram dan lelaki itu kini ditahan untuk siasatan,” katanya.


Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai membawa dadah itu untuk dijual kepada seseorang di sebuah hotel di Kota Medan, katanya.

Indonesia melaksanakan hukuman tembak mati bagi kesalahan mengedar dadah.

Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini mengisytiharkan Indonesia sebagai darurat dadah dan mengarahkan pihak berkuasa untuk lebih agresif memerangi dadah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori