Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Bukan Bodoh Mahu...

PETALING JAYA - Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak...

Laluan KM16 Jemaluang-Mersing Dinaik...

MERSING - Laluan KM16 Jemaluang-Mersing yang runtuh akibat hujan lebat berterusan bulan lepas...

Polis Terengganu Musnahkan Dadah,...

SETIU - Polis Terengganu hari ini melupuskan pelbagai jenis dadah dan barang narkotik,...

Eric Paulsen, JAKIM Ditawar...

ISU antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Pengasas Lawyers For Liberty, Eric Paulsen...

Rakyat Malaysia Kutuk Kekejaman Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mengutuk rejim Amerika Syarikat (AS) dan Rusia kerana membenarkan kekejaman berlaku ke atas umat Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Gaza kini sekali lagi diserang jet tentera zionis Israel yang memusnahkan kediaman dan kematian orang awam.

Manakala, kata beliau, laporan Local Coordination Committee (LCC) mendedahkan lebih 500 rakyat Syria terbunuh pada minggu lalu.

“Rakyat Malaysia mahukan penegasan politik di atas satu platform yang berautoriti untuk mengutuk tindakan kejam Rusia dan AS,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan itu, Nasrudin berharap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat menyampaikan perkara itu di pentas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).


Menurut beliau, Ahmad Zahid akan mempengerusikan perbahasan UNSC di New York, Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada 22 hingga 26 Ogos ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori