Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Skim Insurans Untuk Pesawah...

KOTA BHARU - Kajian mengenai skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian...

Reka Cerita Kena Culik,...

AKIBAT mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menumpukan pelajaran, seorang pelajar tingkatan 1 sanggup...

Tidak Haram Bela Anjing...

KUALA LUMPUR - Ketua Biro Agama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan...

Bintang Fault In Our...

PELAKON yang popular menerusi filem The Fault In Our Stars, Ansel Elgort kini...

Rakyat Malaysia Perlu Berterima Kasih Kepada Kuasa Asing

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) senada dengan DAP bahawa rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada pihak berkuasa asing kerana melakukan siasatan ke atas isu yang melibatkan rakyat negara ini.

Malah, Ahli Majlis Tertingginya, Gooi Hsiao Leung mendakwa rakyat Malaysia sepatutnya mengalu-alukan siasatan dan kedatangan pihak berkuasa asing ke Malaysia kerana menjalankan tugas dengan cukup baik.

“Negara kita perlu mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada siasatan pihak asing dalam melakukan pekerjaan yang baik.

“Agensi-agensi penguatkuasaan kita sama sekali gagal menyiasat dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab untuk jenayah yang dilakukan,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng pada 9 Ogos lalu turut menyeru rakyat Malaysia berterima kasih kepada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Pihak-pihak berkepentingan Islam di Malaysia bagaimanapun menegaskan mereka menolak campur tangan kuasa asing dalam urusan negara ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menggesa umat Islam Malaysia supaya tidak terpedaya dengan propanganda Barat dalam cuba mengundang kekacauan di negara ini.

“Negara yang terserlah menentang umat Islam hari ini ialah kuasa-kuasa Barat, yang mengacau dunia Islam. Apa yang berlaku di Arab, yang berlaku di mana-mana, itu campur tangan kuasa-kuasa Barat,” kata Abdul Hadi. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori