Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Puteri Sarah – Syamsul...

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof...

Pengerusi 1MDB Tan Sri...

KUALA LUMPUR - Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin...

Azam Baki Sahkan Muhyiddin...

PUTRAJAYA : Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari...

Rafizi Mudah Lupa Isu...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli diingatkan tentang...

Rasuah: Lans Koperal Kekal Dijel 8 Bulan, Denda RM10,000

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengekalkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM10,000 ke atas seorang anggota polis kerana menerima rasuah RM800 daripada seorang ejen penyeludup minyak diesel.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui, 36, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Allaudeen Ismail, selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan bersetuju menerima rasuah.

Dalam penghakimannya, Azman berkata setelah meneliti rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan sabitan oleh Mahkamah Sesyen adalah selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata hukuman itu suatu yang sangat ringan berbanding hukuman maksima boleh dijatuhkan ke atas Muhammad Nazruldin yang digantung tugas sejak didakwa.

Azman berkata berdasarkan keterangan pengadu, penyerahan wang dilakukan pengadu kepada tertuduh selaku perayu, dan dilihat sendiri oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta dua saksi lagi.

“Kejadian ini bukanlah secara kebetulan perayu datang dan wang itu diserahkan pengadu, kemudian diambil perayu, oleh itu anggapan Seksyen 50 Akta SPRM 2009, wang diterima sebagai wang suapan adalah betul dan dapat diguna pakai ke atas pengadu, manakala pembelaan pengadu atas imbangan kebarangkalian gagal dipatahkan.

“Sebagai penjawat awam, perkara ini diibaratkan seperti sudah tahu dalam air ada racun, namun kita tetap minum. Kita sedar dengan mengambilnya akan memudaratkan diri sendiri,” katanya.


Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Muhammad Nazruldin, sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai dan mengekalkan wang jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.

Pada 2 Nov 2015, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM10,000 atau penjara enam bulan terhadap Muhammad Nazruldin. Dia membayar denda itu.

Muhammad Nazruldin yang bertugas di Cawangan Peronda, Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Cheras, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersetuju menerima wang suapan itu daripada Lanny Ong Boon Hsien, 34, sebagai dorongan untuk melindungi kegiatan haram penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang dilakukan lelaki itu.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Restoran McDonald’s Taman Connaught, Jalan Cendikiawan, Petaling, di sini pada 6.45 petang, 4 Jun 2013, mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas, manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori