Sunday, November 17, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Teksi Langkawi Dicadang...

LANGKAWI - Persatuan-persatuan pengusaha teksi di Langkawi dan syarikat-syarikat perkhidmatan e-panggilan seperti Uber...

Bekalan Gandum Negara Tidak...

KUALA LUMPUR : Malaysia tidak terjejas dengan tindakan India menyekat eksport gandum berikutan...

Banjir: Mangsa Di Sarawak...

KUALA LUMPUR - Hujan di bahagian Kuching mengakibatkan dua pusat pemindahan banjir dibuka...

Mercun & Bunga Api...

KAMPAR - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun serta bunga...

Rasuah: Pengurus Besar Syarikat Perbankan Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus besar sebuah syarikat berkaitan kerajaan antara sepuluh individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terbabit rasuah.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata pengurus besar berusia 40-an itu ditahan di ibu pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada Khamis lepas dalam operasi enam jam bermula pukul 2 petang.

“Kita menahan mereka di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Pahang. Antara yang ditahan adalah beberapa kontraktor dan pihak swasta.

“Kesemua mereka ditahan reman bermula semalam bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Susulan penahanan itu, SPRM turut membekukan RM10 juta daripada beberapa akaun milik beberapa individu terbabit.


Pada Khamis lepas, seorang pengarah urusan sebuah syarikat perbankan yang sama bergelar Datuk turut ditahan SPRM, dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.

Ia dipercayai melibatkan kes berkaitan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

SPRM kini melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan, selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori