Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nenek Lapan Cucu Bakal...

NENEK lapan cucu bakal menjadi ibu tertua kepada anak kembar empat di United...

Perjawatan Anggota Polis Di...

TELUK INTAN – Perjawatan anggota polis untuk ditempatkan di daerah Bagan Datuk akan...

Beri Keutamaan Kepada Kebajikan...

ROMPIN — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan memberikan...

Tubuh Parti Baharu: Shafie...

PUTRAJAYA - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal mencetuskan kejutan apabila...

Rasulullah Bijak Buat Keputusan – Sindir PAN

KUALA LUMPUR – “Rasulullah S.A.W sangat bijak ketika membuat keputusan sama ada ketika tenang mahupun gawat di dalam konflik.”

Naib Presiden Parti Amamah Negara (PAN), Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, dalam peristiwa Ghazwah at-Taif, baginda membuat keputusan untuk kembali kerana tahu kekentalan pertahanan Bani Tsaqif.

“Baginda S.A.W mengarahkan untuk pulang ke Madinah dan membaca beramai-ramai doa yang biasa dibacakan ketika pulang.

“Ada sahabat memohon baginda mendoakan kemusnahan buat lawan. Jawab baginda ya Allah! Berilah hidayah kepada Thaqif dan bawalah mereka ke pangkuan kami,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Hasanuddin mendakwa, itu adalah contoh kebijaksanaan baginda kerana tidak semua yang dibenci sekarang akan kekal ke anak cucu kebencian itu.

“Jiwa pendakwah jauh memandang ke hadapan,” katanya.


Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu bagi menyindir PAS yang menolak kerjasama dengan pihak menolak Islam terutama DAP.

Beberapa hari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipetik berkata: “Adapun bertahaluf dengan pihak lain dengan berjanji seperti kenyataan seorang bukan Islam kepada Rasulullah S.A.W (Aku tidak mahu menganut Islam), tetapi aku berjanji tidak menentang mu dan tidak bersama dengan kaum yang menentang mu).” - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori