REAL Madrid menjulang trofi UEFA Super Cup 2016 telah mendapat gelaran ketiga di pertanding tersebut. Kemenangan itu diraih selepas menewaskan Sevilla 3-2 di Stadium Lerkendal, Trondheim, Norway, semalam.
Kemenangan Real yang cukup dramatik itu yang ketinggalan gol hingga masa tambahan. Madrid sempat menyumbat gol di babak pertama melalui Marco Asensio pada minit 21. Namun Sevilla menyamakan kedudukan melalui Franco Vazquez pada minit 41 dan mendahului 2-1 selepas mendapat sepakan penalti Yevhen Konoplyanka pada minit 72.
Sergio Ramos dan Dani Carvajal kemudian menjadi wira ‘Los Blancos’. Ramos yang menyamakan kedudukan melalui golnya di minit 93 dan Carvajal di masa tambahan, dan mencipta gol kemenangan pada minit 119.
Kini Madrid berhak menyandang gelaran Raja Eropah kerana UEFA Super Cup adalah pertandingan yang mempertemukan dua juara liga antara kelab Benua Eropah. Madrid adalah juara Liga Juara-juara Eropah 2015/2016.
Malah, Sevilla adalah juara UEFA Europa League. Bagi Madrid, ini adalah gelaran keduanya di pertandingan Eropah untuk musim ini. – MYNEWSHUB.CC