Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pogba, Hazard Terbangkan Tukang...

PANDAI menggayakan potongan rambut yang cantik menjadikan tukang gunting rambut dari London, Ahmed...

Ketegangan Kecil Di PKR...

PASIR MAS - Proses pemilihan kepimpinan baharu PKR cabang ini berjalan lancar walaupun...

Azmin Ali Tidak Berniat...

Berita baik untuk rakyat Lembah Klang, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali hari...

Nora Saman, Fasha Sandha...

ALAMAK... nampaknya persengketaan antara pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha semakin lama semakin...

Rebat Jika Elektrik Terputus 4 Kali Setahun

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini menjelaskan bahawa pengguna domestik hanya layak mendapat rebat jika mereka mengalami gangguan elektrik selama empat atau lima kali setahun, dan bukannya empat atau lima kali sebulan seperti yang dilaporkan Bernama sebelum ini.

Menurut ST dalam satu kenyataan hari ini, pengguna domestik di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang mengalami gangguan elektrik selama empat jam dan lebih empat kali setahun, boleh mendapat rebat sebanyak satu peratus daripada bil purata bulanan bagi tempoh 12 bulan atau RM10, yang mana satu lebih tinggi.

Bagi pengguna di negeri-negeri lain, mereka boleh mendapat rebat serupa sekiranya berlaku gangguan lebih lima kali setahun, di mana setiap satunya terputus bekalan lebih daripada empat jam.

ST merujuk laporan berita dikeluarkan Bernama pada Jumaat lepas, yang memetik suruhanjaya bahawa para pengguna layak menerima sejumlah rebat sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik untuk tempoh tertentu, namun tidak ramai yang tahu mengenainya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori