MACAM-MACAM perangai remaja zaman sekarang. Kerana enggan mengikut ibu bapanya pergi bercuti dengan alasan ia membosankan, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Missisauga, Kanada telah membuat laporan polis.
Dia menghubungi 911 dan ini mengejutkan polis, kerana laporan berkenaan bukannya satu isu kecemasan pun.
Polis yang menerima laporan, terpaksa juga memeriksa remaja terbabit di rumahnya dan mengesahkan dia berada dalam keadaan selamat.
“Tindakannya menghubungi polis hanya membazir sumber yang ada kerana ia boleh menjejaskan anggota masyarakat lain yang benar-benar memerlukan bantuan,” kata jurucakap polis, Stephen Bates.
Kesian dengan ibu bapanya. Niat mereka untuk membawa anak bercuti bukan sahaja tidak tercapai malah satu keluarga mendapat malu gara-gara tindakan anak mereka itu. – MYNEWSHUB.CC