SEORANGÂ ratu cantik, Miss Montenegro 2015, Natasha Milosavljevic, 23, rimas selepas dihujani dengan panggilan telefon dan mesej yang bertanyakan sama ada dia mahu menjadi pelacur.
Menurut Natasha, dia telah dihubungi oleh seorang wanita yang menawarkannya wang untuk menemani seorang ahli perniagaan dari Singapura termasuk meluangkan masa bersendirian dengan pelanggannya.
Meskipun dia menolaknya, namun wanita it uterus menganggunya menyebabkan dia terpaksa mendedahkan perkara itu secara terbuka menerusi media sosial.
“Saya perlu meluahkannya kerana sukar untuk menjelaskan kepada mereka dalam apa cara pun.
“Kali ini saya tidak akan menyebut nama dan nombor (telefon) namun ia tidak bermakna saya tidak akan melakukannya pada masa depan jika gangguan ini berterusan,’’ tegas Natasha.
Jelasnya, ketika menerima tawaran berkenaan, Natasha menyangka ia satu peluang pekerjaan yang baru yang berkait dengan kerjayanya iaitu dalam bidang modelling.
Namun mesej yang diterimanya selepas itu mengejutkan apabila lelaki berkenaan bersedia membayar berapa sahaja nilai yang dinyatakan Natasha.
“Kepada mereka yang saya tahu telah menerima tawaran itu, saya ucapkan yang terbaik namun saya bukan jenis itu. Saya tidak mahu restoran yang mahal, parti VIP, saya tidak berminat dengannya,’’ katanya yang merancang untuk meluangkan hidupnya dengan kawan-kawan sejati.
Selepas memuatnaik entri terbabit, Miss Croatia 2015, Maja Spahija, 23, turut memberitahu bahawa individu yang sama turut menghantar mesej berkenaan kepadanya beberapa hari lalu. – MYNEWSHUB.CC