Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tegur Larang Merokok, Wanita...

SEORANG ibu dan anaknya menempuh detik cemas apabila diserang oleh seorang lelaki di...

Gary Tinggalkan Running Man,...

NAMPAKNYA peminat tidak akan dapat melihat lagi 'bibit-bibit percintaan' antara Gary dengan 'Pasangan Isnin-nya',...

Peniaga, Pekerja Kilang Didakwa...

KLUANG - Seorang peniaga dan pekerja kilang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini,...

Lebih 31,000 Pesakit Menunggu...

KUALA LUMPUR - Pesakit buah pinggang merupakan penunggu organ paling tinggi di negara...

Risau Ditinggal Keseorangan, Bawa Ibu Ke Tempat Kerja

KASIH ibu membawa ke syurga. Seorang anak yang bimbang akan keadaan ibunya ketika ditinggalkan keseorangan nekad membawa ibunya ke tempat kerja setiap hari.

Zhang Qidong, 54; dari wilayah Jiangsu, China tidak sanggup meninggalkan ibunya yang berusia 91 tahun hidup bersendirian. Kedua-dua beranak ini berulang-alik dari tempat kerja dengan rumah mereka menggunakan motosikal roda tiga.

Risau Ditinggal Keseorangan, Anak Bawa Ibu Ke Tempat Kerja

Risau Ditinggal Keseorangan, Anak Bawa Ibu Ke Tempat Kerja

Menurut sebuah laman tempatan negara itu, ibu Qidong yang berusia hampir seabad itu pernah keluar daripada rumah dan sesat sebanyak tiga kali pada selang waktu yang berbeza.

Disebabkan kejadian itu, Qidong nekad untuk membawa ibunya bersama ke tempat kerjanya. Hanya itulah sahaja penyelesaian yang mampu dilakukan memandangkan kesemua ahli keluarganya yang lain turut keluar berkerja.

Meskipun sentiasa dekat dengan ibunya, Qidong turut berjaga-jaga dengan mengambil inisiatif meletakkan nombor telefonnya pada sehelai kain yang diletakkan pada kolar baju ibunya.


“Jika ibu saya hilang, orang awam yang menjumpainya boleh menghubungi saya dengan segera,” jelasnya.

Selain itu, Qidong turut menyatakan bahawa sudah tiba masanya dia pula yang menjaga ibunya yang sudah uzur itu.

“Dulu dia yang jaga saya, kini tiba giliran saya pula untuk membuat perkara yang sama,” luahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori