Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perubahan Kerajaan Tak Jamin...

KUALA LUMPUR - Kejayaan utama bagi sebuah negara untuk bebas rasuah ialah keazaman...

Video: Pura-Pura Jadi Jemaah...

SERI ISKANDAR - Pantang lihat peluang, seorang lelaki tergamak curi barangan milik jemaah yang sedang...

SAREX, Persediaan Menyelamat &...

KUCHING - Latihan Mencari dan Menyelamat (SAREX) 2016 akan menjadi medan persediaan menghadapi...

Mayat Hampir Reput Ditemui...

BANTING - Mayat seorang lelaki yang berpakaian lengkap ditemukan dalam keadaan terapung di...

Rossa Nafi Berkahwin Dengan Kerabat Malaysia

PENYANYI terkenal Indonesia, Datuk Rossa melahirkan perasaan kesalnya dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa dirinya bergelar isteri kepada seorang kerabat Malaysia.

Penyanyi berusia 35 tahun itu turut menafikan laporan akhbar tersebut dan menyifatkan artikel yang ditulis itu sama sekali tidak benar.

“Sebaik saaja membaca artikel yang dikirimkan seorang teman, memang saya terkejut kerana cara penyampaiannya seolah-olah ada saksi di tempat kejadian, walhal perkara itu tidak benar.

“Saya tidak marah, tetapi kecewa kerana artikel itu seperti mengesahkan saya sudah berkahwin. Kalau gosip, tulislah seperti gosip,” katanya dipetik BH Online.

Penyanyi genit yang mempunyai nama lengkap Sri Rossa Roslaina Handiyani itu juga berharap agar peminat tidak sesekali memberikan tanggapan negatif mereka terhadap gosip tersebut.

Menurutnya, apa yang lebih penting ialah kekasihnya juga tidak mempercayai kisah yang dilaporkan itu.

“Saya berharap orang tidak cepat membuat tanggapan negatif terhadap saya. Selama ini, fokus saya hanyalah terhadap karier.


“Alhamdulillah, ramai teman saya di Malaysia termasuk kerabat negeri itu sendiri tidak percaya dengan gosip berkenaan. Mujurlah juga keluarga saya tidak mengetahui mengenainya.

“Apa yang penting, kekasih saya juga tidak percaya akan cerita itu,” katanya lagi.

Rossa pernah mendirikan rumah tangga dengan anggota kumpulan Padi, Yoyo pada 18 Mac 2004 namun berpisah pada 14 Julai 2009.

Rossa Nafi Berkahwin Dengan Kerabat Malaysia
Anak tunggal Rossa, Rizky Langit Ramadhan menjamu selera bersama bapanya, Yoyo.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang cahaya mata, Rizky Langit Ramadhan yang kini berusia 10 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori