Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pendrive ‘Wireless’ Sandisk Yang...

PEMACU ibu jari atau lebih dikenali dengan nama "pendrive" kini digunakan secara meluas...

Kedah Bantu Bawa Pulang...

ALOR SETAR - Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Biro Kebajikan Umno Malaysia dalam...

13 Peserta Program Kayuhan...

KUALA LUMPUR - Tiga belas peserta program Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi...

Video: Lagi Kes Curi...

KEDAI dobi layan diri memang dijadikan pilihan kebanyakan warga kota kerana ianya memudahkan...

Rujuk Garis Panduan Sebelum Main Pokemon Go

HULU TERENGGANU – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai mematuhi dan merujuk garis panduan yang telah dikeluarkan berhubung permainan Pokemon Go.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata garis panduan itu adalah bagi memastikan orang ramai yang bermain permainan tersebut tidak menjadi terlalu leka sehingga mendatangkan kemudaratan.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dan leka dengan aplikasi permainan berasaskan realiti maya itu.

“Pemain juga perlu peka dengan persekitaran, keselamatan sekeliling serta menjaga sensitiviti.

“Jadi kita harap orang ramai merujuk garis panduan yang telah dikeluarkan dan jangan terlalu taksub dan ketagih dengan permainan itu sehingga berlaku kemalangan dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Program Menggelorakan Semangat Patriotik Bersama Komuniti 1Malaysia di sini, hari ini.

Sebelum ini, SKMM telah mengeluarkan garis panduan keselamatan umum bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti rompakan, kecurian atau kecederaan, seiring dengan panduan keselamatan yang telah dikeluarkan beberapa negara lain bagi permainan berkenaan.


Garis panduan itu dibuat selepas timbul kebimbangan pelbagai pihak dan berlaku beberapa insiden tidak diingini gara-gara bermain permainan itu yang sudah melanda lebih 70 negara di dunia.

Ia juga mengandungi beberapa panduan kepada pemain antaranya mengenai kepentingan melindungi maklumat peribadi, menghormati sensitiviti tempat ibadat, peringatan untuk tidak memasuki kawasan larangan yang berbahaya dan keperluan berwaspada terhadap individu tidak dikenali.

Pada masa sama, Jailani juga menasihati pengguna supaya tidak menyalahgunakan kemudahan internet yang disediakan kerajaan dengan bermain permainan itu, sebaliknya memanfaatnya kepada perkara yang lebih berfaedah.

“Kemudahan yang dilaksanakan itu bagi memudahkan penduduk terutamanya di kawasan pedalaman untuk menggunakan internet dan bukannya untuk bermain Pokemon Go,” kata Jailani. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori