Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

DCA Perlu Wujud SOP...

SUBANG - Kementerian Pengangkutan akan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mewujudkan Prosedur Operasi...

412 PPV Untuk PICKids...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan menambah sebanyak 412 pusat pemberian vaksin (PPV) bagi melaksanakan...

‘Datuk Seri’ DBKL Dijel,...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Eksekutif (Pengurusan Projek) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),...

Lufya Beri Bayangan Dipukul...

KUALA LUMPUR - Kemelut rumah tangga pelakon, Lufya Omar dengan suaminya, Dr. Che...

Sabah Terima Dividen RM94.57 Juta Pada 2015

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah menerima dividen bernilai RM94.57 juta pada 2015, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata daripada jumlah itu agensi kerajaan negeri menyumbang dividen bernilai RM90.88 juta.

“Saya percaya dengan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik, jumlah dividen itu akan dapat dipertingkatkan pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam ucapan perasmian kursus anggota lembaga pengarah badan berkanun dan agensi kerajaan negeri di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang.

Musa berkata, bagaimanapun, jumlah pinjaman boleh dituntut pada 2015 masih tinggi berbanding pinjaman yang dibayar pada tahun yang sama sehingga menyebabkan berlaku tunggakan kepada hasil negeri.

“Saya berharap badan berkanun dan agensi kerajaan negeri yang mampu membayar pinjaman, supaya berbuat demikian berdasarkan syarat perjanjian.


“Dengan membuat pembayaran pinjaman, hasil kerajaan negeri akan meningkat dan dapat digunakan untuk projek pembangunan yang telah dirancang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu daripada petunjuk penting kepada kejayaan sesebuah organisasi adalah dari segi kedudukan kewangannya.

“Ia bukan sahaja perlu terus ditingkatkan malah dipertahankan untuk membantu menampung keperluan operasi dan membolehkan usaha menceburi perniagaan baharu seterusnya memberi nilai tambah kepada pemegang saham,” katanya.

Justeru itu, Musa berkata amat mustahak bagi para anggota lembaga pengarah memastikan kedudukan badan berkanun atau syarikat berkaitan kerajaan negeri sentiasa kukuh dan memperoleh keuntungan serta berkemampuan membayar hutang atau dividen kepada kerajaan negeri, sekali gus menyumbang kepada kekukuhan kedudukan kewangan negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori