Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kes Pertama Virus Zika...

MOSCOW - Sebuah agensi pemantau perlindungan pengguna, Rospotrebnadzor mengesahkan kes pertama virus Zika...

Lelaki Pakai Fesyen`Berani Mati’...

Lelaki ini memang berani kerana sanggup memakai pakaian seumpama itu tanpa mempedulikan orang...

12 Kematian, 1,054 Kes...

KUALA LUMPUR - Kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini kembali melonjak apabila mencatatkan...

3 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan tiga lagi kluster baharu Covid-19...

Salah Makan, Yana Samsudin Akui Alami Bentan

PELAKON Yana Samsudin atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 32, mengakui mengalami bentan ketika masih dalam proses pantang selepas melahirkan anak sulungnya, 21 Julai lalu gara-gara melanggar pantang.

Menurut Yana, perkara itu terjadi kerana dia secara tidak sengaja telah memakan makanan sejuk yang tidak bersesuaian dengan dirinya.

“Saya ada lagi seminggu untuk berpantang, memang agak sukar untuk bergerak kerana saya bersalin secara pembedahan.

“Dua kali saya demam secara mengejut dan mengalami bentan kerana tersalah makan. Yang pertama mungkin berpunca kerana saya makan sayur bayam.

“Saya ada juga membaca tentang pantang larang ketika berpantang tetapi semuanya bergantung kepada ketahanan badan masing-masing,” katanya kepada mStar Online.


Tambah Yana, dia dan suaminya, Fadzil Zahari tidak membuat sebarang persediaan untuk berpantang melalui proses pembedahan.

“Saya sudah baca dan buat banyak persediaan untuk bersalin secara normal, namun tidak sangka waktu bersalin itu mengambil masa 16 jam sehingga doktor beritahu bayi hampir lemas dan terpaksa dibedah,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori