Saturday, July 6, 2024

Creating liberating content

JDT mengamuk belasah Kelantan

ISKANDAR PUTERI : Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol apabila membelasah Kelantan FC...

Aidilfitri: Aliran Trafik Ke...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya PLUS ke arah utara dilaporkan...

Lukis Watak ‘The Avengers’...

MEMANG berbakat dan kreatif, seorang wanita dari Vietnam ini berjaya buktikan seni juga...

3 Finalis Pemain Terbaik...

UEFA menetapkan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale serta penyerang Atletico Madrid,...

Sambut Baik Pecat Ketua Kampung Gagal Basmi Dadah

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyambut baik langkah memecat ketua kampung di Perak yang didapati gagal menyelesaikan masalah dadah yang serius di kawasan mereka.

Pengarah Komunikasi Pemuda PAN Perak, Muhammad Faeez Azahar berkata, langkah itu menunjukkan ketegasan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk membasmi gejala dadah di negeri itu.

Bagaimanapun, katanya, tanggungjawab tersebut tidak sewajarnya diletakkan di bahu ketua kampung semata-semata kerana ketua kampung tidak mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menanganinya.

“Pembasmian ini perlulah menyeluruh, sewajarnya ia dibasmi di peringkat awal lagi. Apabila dadah ini mudah untuk menyusup masuk ke semua peringkat termasuklah ke kampung-kampung, maka gejala ini semakin rancak bermaharajalela dan sukar untuk dikawal,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Muhammad Faeez berkata, pihaknya berharap agar pihak berwajib dapat memikirkan kaedah penyelesaian yang lebih berkesan demi menyelamatkan masyarakat daripada najis dadah.

Semalam, Menteri Besar Perak memberi amaran akan memecat ketua kampung yang didapati gagal menyelesaikan masalah dadah yang serius di kawasan mereka.


Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana pembasmian dadah merupakan agenda penting kerajaan dalam memastikan negeri Perak bebas daripada masalah dadah.

“Mengenai agenda pembasmian dadah ini, saya sudah sebut berkali-kali bahawa ia juga menjadi KPI kepada ketua-ketua kampung,” kata Zambry. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori