Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kassim Ahmad, Aktivis Sosial...

PAGI ini, bekas cendekiawan Islam dan aktivis politik tempatan, Kassim Ahmad telah menghembuskan...

Polis Ambil Keterangan Pembantu...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan pembantu rumah bekas...

MH17: 22 Ogos Diisytihar...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat)...

30 Juta Rakyat AS...

WASHINGTON - Lebih 30 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) sudah mengundi dalam pilihan...

Terbang 4,500 KM Berjumpa Kekasih Hati, Namun….

MALANG, seorang warga Holland, Alexander Pieter Cirk, 41, sanggup terbang sejauh 4,500 kilometer ke China semata-mata untuk bertemu kekasih hati.

Kedatangannya ke Tanah Besar China itu untuk membuat kejutan kepada kekasih berusia 26 tahun itu yang dikenali menerusi internet.

Namun kecewa apabila kekasih yang sepatut bertemunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghu, China tidak kunjung tiba biarpun sudah 10 hari dia menunggu di lapangan terbang itu.

Sanggup Terbang 4,500 KM Untuk Berjumpa Kekasih Hati, Namun....

Sanggup Terbang 4,500 KM Untuk Berjumpa Kekasih Hati, Namun....
Wanita yang dikenali sebagai Zhang

Menurut laman Shanghaiist, Alexander dan kekasih alam maya yang dikenali sebagai Zhang itu berkenalan menerusi aplikasi sosial.

Tidak mahu putus asa, Alexander nekad untuk terus tinggal di lapangan terbang tersebut dan menunggu kekasih mayanya itu.

Bagaimanapun, kelibat Zhang tidak kelihatan. Selepas 10 hari, Alexander terpaksa dimasukkan ke hospital kerana mengalami keletihan.


Sanggup Terbang 4,500 KM Untuk Berjumpa Kekasih Hati, Namun....

Sanggup Terbang 4,500 KM Untuk Berjumpa Kekasih Hati, Namun....

Selepas tersebarnya berita tentang Alexander oleh media tempatan, Zhang menghubungi sebuah stesen televisyen tempatan, Hunan TV menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Zhang, dia tidak faham dengan maklumat penerbangan yang diberikan oleh Alexander. Jelas wanita itu lagi, dia dan Alexander telah bersetuju untuk menunggu setahun sebelum berjumpa.

Tambah Zhang lagi, sewaktu Alexander tiba di lapangan terbang Changsa, dia berada di luar bandar iaitu di Zhenghou, wilayah Henan untuk menjalani pembedahan plastik. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori