Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

10 Nov Sebutan Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menetapkan 10 Nov...

COVID-19: “Sakitnya Hanya Allah...

KUALA LUMPUR - Lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh...

Anwar: Kabinet Lebih Kecil,...

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikrar kabinetnya akan lebih kecil berbanding kabinet yang diketuai...

40,000 Pelajar Akan Terima...

PUTRAJAYA - Sebanyak 40,000 pelajar sekolah menengah dan rendah di 191 bahagian UMNO...

“Saya Curi Daging, Serai, Sebab Tak Mampu”

TIADA kata yang mampu diungkapkan oleh seorang pengutip kotak dan barangan lusuh selain menangis kesyukuran apabila dibebaskan dengan bon berkelakuan baik kerana mencuri oleh Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, pada Selasa.

Tertuduh, Nor Farina Che Ya, 38, dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM1,500 tanpa penjamin.

Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Rahimah Rahim selepas mendengar rayuan Nor Farina.

Mengikut kertas perbicaraan, Nor Fariha mengaku bersalah mencuri, daun kunyit, daun pandan, serai, daging kambing, syampu rambut, minyak angin, pakaian dalam, seluar dan tudung, yang semuanya dianggarkan bernilai RM262.86.

Dia dilaporkan melakukan perbuatan itu di sebuah pasar raya berhampiran Dataran Centrio, Seremban 2, pada jam 6 petang, 5 Ogos lalu.

Ketika prosiding, Nor Farina memberitahu dia menghidap diabetes kronik dan mempunyai anak perempuan berusia 10 tahun yang menghidap penyakit hipoglisemia.

Katanya, wang bantuan yang diterima RM150 setiap bulan, tidak cukup untuk menampung kehidupannya dan anaknya.

Jelas Nor Farina, dia sudah memohon bantuan baitulmal, tetapi tidak berhasil.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, hukuman maksima yang diperuntukkan adalah 10 tahun penjara dan denda.


Dalam pada itu, Nor Farina mengaku berbuat sedemikian kerana desakan hidup.

“Saya curi daging… curi serai untuk buat rendang… sebab tak mampu.

“Memang masa buat tu saya tak fikir apa. Saya cuma fikir perut anak yang lapar. Saya kata pada diri sendiri, biarlah saya tanggung dosanya. Apa saya mampu bayar cuma beras pulut yang harganya lima ringgit lebih.

“Macam pakaian tu, saya teringin sangat nak rasa. Bukan untuk saya saja, tapi untuk anak. Saya ambil tudung,” katanya kepada Sinar Online sambil teresak-esak.

Sementara itu, pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) memberitahu, akan membuat semakan berhubung permohonan bantuan Baitulmal Nor Fariha. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori