IBARAT hidung tidak mancung, tapi pipi pula tersorong-sorong… Alkisah sejak dua tiga hari lalu tersebar menerusi media sosial puak penyokong totok parti ciptaan Tun Mahathir Mohamad iaitu Pribumi seronok ‘jaja’ cerita sensasi.
Kononnya pemimpin-pemimpin pembangkang (dibaca: DAP, PKR, PAN) sudah sepakat melantik presiden jawatankuasa penaja Pribumi, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua pembangkang yang baharu untuk menggantikan Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Bagi yang arif benar mengenai kisah politik tanah air waima sembang kedai kopi pun tidak percaya, masakan Ahli Parlimen Pagoh itu mampu mengambil alih daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut untuk memimpin satu gabungan pembangkang Malaysia?
Bahkan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub menempelak ‘macai’ Pribumi dengan tegas mendakwa belum ada lagi keperluan bagi menggantikan Wan Azizah daripada jawatannya yang ditinggalkan oleh suaminya, Anwar Ibrahim kepada pemimpin parti lain pula.
Ć¢ā¬ÅKedudukan Wan Azizah dalam Parlimen sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat tidak perlu diubah. Beliau telah menjalankan tugasnya dengan baik selama ini dan saya merasakan tiada keperluan untuk menukar penyandang ketua pembangkang yang baharu.
Ć¢ā¬ÅMuhyiddin bagaimanapun masih boleh lagi memainkan peranan dalam bidang lain termasuk politik yang memerlukan pengalaman luas beliau sepanjang berada dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN),Ć¢ā¬Ā kata bekas pemimpin kanan PAS itu yang berasal dari Johor.
Penegasan Salahuddin itu nyata mengecewakan ramai penyokong Pribumi yang memberi alasan Muhyiddin layak menjadi ketua susulan kegagalan Wan Azizah memimpin pembangkang apabila kalah teruk dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil baru-baru ini.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi PAN yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Muhyiddin perlu terlebih dahulu diterima oleh majoriti anggota Parlimen daripada parti pembangkang sebelum boleh dilantik menjadi ketua pembangkang.
Katanya, bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden UMNO itu juga perlu mempunyai keupayaan untuk menyatupadukan parti-parti pembangkang di Malaysia yang cukup ketara cacamarba berlainan ideologi masing-masing bagi menyaingi kehebatan BN.
Ć¢ā¬ÅKetua pembangkang perlu diterima semua dan mampu menyatukan. Soal mampu atau tidak, ia perlu dibuktikan,” katanya sambil menambahĆĀ masih terlalu awal menilai kemampuan Muhyiddin dan tidak perlu dibandingkan dengan bekas ketua pembangkang, Anwar.
Ć¢ā¬ÅSoal kemampuan, saya rasa sesiapa saja yang dipilih, dia akan mampulah sebab sudah dipilih,” kata Khalid yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian pada Jumaat sekali gus memberi gambaran usaha Mahathir meletakkan Muhyiddin sebagai ketua pembangkang bukanlah mudah.
Baca: Parti Aje Baharu Tapi Ahli, Logo Pun Bercelaru
Dalam pada itu, PAS menegaskan Wan Azizah perlu dikekalkan selaku Ketua Pembangkang dan tidak timbul nama Muhyiddin sebagai layak menerajui kumpulan anti-BN apabila permohonan Pribumi diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) kelak.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata perkara sebegitu tidak patutpun dibincangkan pada ketika ini, sebaliknya tumpuan pembangkang perlu diberikan kepada persiapan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang akan datang.
Ć¢ā¬ÅPada pandangan saya, apa yang ada pada hari ini perlu dikekalkan, blok pembangkang seharusnya perlu bekerja kuat untuk mencapai kemenangan terlebih dahulu.ĆĀ Lepas PRU ke-14, bincanglah siapa pun yang hendak jadi ketua pembangkang atau perdana menteri.
“Sebaiknya yang mengetuai blok pembangkang juga merupakan ketua pembangkang di Parlimen,Ć¢ā¬Ā kata Ahmad Yunus pada Jumaat tanpa merujuk sama ada blok tiga parti dalam Pakatan Harapan atau Gagasan Sejahtera yang disertai PAS dengan sebuah parti kecil, Ikatan.
Menurut ADUN Sijangkang yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, adalah tidak sesuai pihak pembangkang membincangkan tentang kredibiliti Muhyiddin memandangkan kemampuan beliau dalam memperjuangkan gerakan reformasi pun masih belum lagi jelas.
Ć¢ā¬ÅSaya belum nampak komitmen beliau (Muhyiddin). Beliau pun terlalu baharu untuk dilihat kekuatannya membawa reformasi. Saya khuatir, blok pembangkang pula semakin berpecah,Ć¢ā¬Ā kata Ahmad Yunus yang dipetik kenyataannya oleh portal tempatan AgendaDaily.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei menegaskan kepimpinan PKR di Selangor hanya akan mengikut keputusan rasmi yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pusat dalam isu kemelut pemilihan penyandang jawatan ketua pembangkang baharu.
Menurut ADUN Sri Muda itu, pihaknya di peringkat negeri akan akur pada keputusan kepimpinan pusat dan berkata:ĆĀ Ć¢ā¬ÅPastinya perkara ini akan diperbincangkan, diperhalusi dan diputuskan terlebih dahulu setelah mengambil kira pandangan daripada semua pihak dalam parti.
Ć¢ā¬ÅTidak timbul isu Muhyiddin layak atau tidak jadi ketua pembangkang,Ć¢ā¬Ā katanya.ĆĀ Kelmarin, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dilaporkan berkata, Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak selagi syarat utama reformasi dihormati.
DAP juga setakat ini enggan bekerjasama dengan Pribumi apabila menyifatkan parti ciptaan Mahathir itu sebagai rasis kerana diskriminasi keahlian untuk bukan bumiputera hanya bertaraf sebagai ahli bersekutu tanpa kuasa undi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA