KELUASANNYA mampu menampung 600 ribu jemaah. Pada Musim Haji jemaah pastu mencecah sejuta orang pada waktu solat.
Bukan saja limpahan jemaah memenuhi kawasan luar masjid, ruang solat muslimah juga akan padat.
Madinah kota kedua paling suci pada umat Islam. Tarikan utama tentunya jemaah mahu berziarah ke Makam Rasulullah. Sejak 3 Ogos lalu, dalam tempoh seminggu sahaja, pekarangan Masjid Nabawi mula dipenuhi jemaah Turki, Pakistan, India dan Indonesia.
Satu amalan menarik di Masjid Nabawi ialah pada tiap Isnin dan Khamis pasti dilimpahi makanan. Hidangan yang disedekah untuk jamahan berbuka jemaah yang berpuasa sunat. Malah, berbuka pun dengan cara makan berjemaah.
Bagi yang ingin membawa pulang cenderamata pada saudara dan sahabat, Madinah menawarkan suasana jual-beli dengan harga yang menarik untuk berbelanja.
Madinah terkenal dengan minyak wangi Oud dan Raudah. Jangan terperanjat, di sini juga popular dengan attar Zam Zam dan Hajaratul Aswad.
8 Ogos 2.00 petang, kru TV AlHijrah berangkat ke Makkah dengan bermiqat di Bir Ali.
Ikuti Liputan Musim Haji di Makkah secara live via Instagram @tvalhijrah114 sehingga 14 September ini. – MYNEWSHUB.CC