Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Maternity Shoot: Syatilla Bergaya...

PASANGAN pelakon Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin kini hanya menanti hari bagi menyambut...

Roman Abramovich Alami Simptom...

MOSCOW – Bilionair Rusia, Roman Abramovich dilaporkan menghidap gejala seperti diracuni selepas menghadiri...

Kabinet Bincang Isu Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri akan membincangkan isu mengenai pengambilan pekerja asing dari...

Salmon Atas Tong Sampah,...

BEBERAPA hari lalu kecoh di laman sosial apabila video ikan salmon yang berada...

Selamat Hari Wanita, ‘Sepadu Usaha Tiada Yang Ketinggalan’

25 OGOS merupakan tarikh istimewa buat kaum hawa. Pada tanggal ini, Hari Wanita peringkat kebangsaan disambut di negara kita saban tahun.

Sambutan yang dimulakan sejak tahun 1962 ini khusus bagi memberi memberi pengiktirafan kepada sumbangan wanita terhadap pembangunan dan kemajuan negara. Ianya juga menjadi bukti bahawa kerajaan serius dan peka dalam memastikan wanita turut berada dalam arus perdana kemajuan negara.

Wanita adalah asas kepada sebuah keluarga, masyarakat dan negara yang kuat dan berdaya tahan. Apabila wanita dan belia perempuan turut diberi kuasa sosial, ekonomi dan politik maka manfaatnya pasti mengalir ke segenap lapisan masyarakat.

Sejak dahulu, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa komited mempergiatkan usaha memperkasakan wanita dalam semua bidang terutamanya di sektor ekonomi.

Ianya terbukti daripada agenda Rancangan Malaysia Malaysia Keenam (1991-1995) lagi, bila mana terkandung satu bab penuh berkaitan perkara-perkara memajukan wanita dalam pembangunan negara. Semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) agenda wanita terus menjadi salah satu tumpuan terutama dalam pembangunan ekonomi.

Selamat Hari Wanita, 'Sepadu Usaha Tiada Yang Ketinggalan'
GAMBAR HIASAN

Objektif meningkatkan kadar penyertaan tenaga kerja wanita diteruskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) di mana sasaran baharu adalah mencapai penyertaan 59 peratus wanita dalam tenaga kerja pada tahun 2020.

“Berdasarkan kajian, antara punca utama wanita yang sudah berkahwin melepaskan pekerjaan adalah untuk menjaga anak-anak. Kekurangan sistem sokongan menghalang wanita memasuki tenaga kerja selepas melahirkan anak.

“Melihat kepada tren berikut Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa inisiatif bagi mewujudkan persekitaran yang membolehkan wanita kekal dalam tenaga kerja,” ujar Menteri KPWKM, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim.

Inisiatif berkenaan adalah insentif untuk menggalakkan penubuhan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja, di mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM200,000 kepada mana-mana kementerian atau agensi untuk menubuhkan pusat-pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja selain menyediakan insentif pengecualian cukai untuk menubuhkan pusat penjagaan anak di tempat kerja.

Subsidi yuran penjagaan kanak-kanak bulanan lebih daripada RM180 bagi setiap kanak-kanak daripada ibu bapa yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan dalam sektor awam juga telah diperkenalkan bagi meringankan beban kewangan kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Enakmen Peraturan Kerja 2010 (Part-Time Worker) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2010 turut diperkenalkan untuk menggalakkan lebih ramai wanita khususnya suri rumah untuk memasuki tenaga kerja secara separuh masa.

Kerajaan Malaysia pada tahun 2010 juga, telah melanjutkan cuti bersalin (dibayar sepenuhnya) untuk kakitangan awam daripada 60 hari kepada 90 hari.

Bagi menyokong sasaran mencapai peratusan penyertaan tenaga kerja wanita yang lebih tinggi, portal Flexworklife.my antara program yang turut diatur dan direalisasikan. Portal yang dilancarkan pada 8 Julai 2013 ini bertujuan untuk membina rangkaian majikan dan sumber manusia bagi mengoptimumkan keseimbangan kerjaya dan kehidupan serta kecekapan dan produktiviti pekerja.

Selamat Hari Wanita, 'Sepadu Usaha Tiada Yang Ketinggalan'

Terdapat juga beberapa program lain khas bagi membantu dan merangsang wanita agar terus mengambil bahagian dalam pembangunan negara iaitu Program Kembali Bekerjaya yang memperuntukkan 2 jenis geran iaitu Resourcing Grant dan Retention Grant bagi syarikat-syarikat yang ingin mengambil wanita yang sebelum ini telah keluar dari bidang pekerjaan untuk lebih daripada enam bulan, serta program-program sokongan psikologi termasuk Keluarga@Kerja (Parenting@Work) dan Program Transformasi Minda Bakal Usahawan Wanita “U-Boleh”.

“Saya melihat sekiranya bakat wanita dipersiakan majikan hanya kerana keupayaan mereka sebagai wanita dipandang rendah, ianya sesuatu perbuatan yang merugikan sesebuah organisasi itu sendiri.


“Beberapa kajian yang dijalankan mendapati kesaksamaan gender dapat menyumbang secara positif terhadap sesuatu organisasi dan berkait rapat dengan kesejahteraan ekonomi. Sebagai contoh, satu kajian oleh Noland dan Moran pada tahun 2016 melaporkan bahawa ujian terhadap pencapaian kewangan ke atas syarikat-syarikat yang mempunyai lebih ramai wanita dalam pasukan pengurusan atasan mempunyai pencapaian yang lebih baik berbanding syarikat yang hanya mempunyai lelaki dalam pasukan pengurusan atasan,” kata Rohani.

Selamat Hari Wanita, 'Sepadu Usaha Tiada Yang Ketinggalan'
GAMBAR HIASAN

Usaha-usaha ke arah kesaksamaan gender turut didukung oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak di mana semasa Global Leaders Meeting On Gender Equality and Women’s Empowerment: A Commitment to Action di New York United Nations pada 27 September 2015, beliau telah menyatakan pendirian bahawa setiap lelaki dan wanita akan diberikan peluang sama mengikut potensi yang ada bagi memacu pertumbuhan ekonomi dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

SEPADU USAHA TIADA WANITA KETINGGALAN

Sepadu Usaha Tiada Wanita Ketinggalan dipilih menjadi tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini, seiring dengan komitmen Malaysia untuk memastikan penglibatan semua pihak ke arah kemajuan wanita dan kesaksamaan gender.

Dirasmikan Perdana Menteri, sambutan peringkat kebangsaan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya bakal menyaksikan perhimpunan wanita dari bermacam latar belakang yang terbabit menjadi tenaga kerja di negara ini.

Selamat Hari Wanita, 'Sepadu Usaha Tiada Yang Ketinggalan'

Bagi merealisasikan sambutan yang menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS) ini KPWKM dibantu agensi di kementerian iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Institut Sosial Malaysia (ISM), Institut Pengupayaan Wanita bagi Negara­Negara Berkecuali (NIEW) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) selain agensi­ luar, pihak IPTS, sektor korporat dan swasta.

Antara aktiviti sempena sambutan yang telah dirangka adalah Sesi wawancara bersama ahli panel yang akan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan masing-masing untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita umumnya, penyampaian sijil penghargaan kepada syarikat Agenda 30 Peratus dan Pelancaran Program Mamacare.

Seramai 3,000 peserta yang terdiri daripada golongan muda dan profesional yang mewakili pelbagai Kumpulan Sasar dan NGO telahpun dijemput bagi memeriahkan acara sambutan.

“Saya mewakili Kementerian berpesan kepada wanita Malaysia bahawa anda mampu menjadi penyumbang kepada kebaikan negara sekiranya pengamalan budaya yang cemerlang, ketepatan, berilmu, tabah, berintegriti, setia, bijaksana serta berinovasi diamalkan dalam apa jua lapangan yang diceburi.

“Saya juga berharap supaya sambutan kali ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang bagi menghargai wanita dan meneruskan legasi kecemerlangan wanita di negara ini,” ujar Rohani. – MYNEWSHUB.CC

#tiadawanitaketinggalan #nowomenleftbehind #wanitamalaysia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori