Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KBS Henti Bantuan Pentadbiran...

SUBANG JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) didakwa telah membuat keputusan untuk...

Pembinaan Loji JEP TNB...

KUALA LUMPUR – Pembinaan loji tenaga Jimah East Power (JEP) bernilai RM12 bilion...

Bayi Tabung Uji Ini...

KISAH pelik ini mengenai berita kelahiran seorang bayi cukup istimewa yang dilaporkan berlaku...

Najib Bidas Tengku Zafrul

Dari Facebook Najib RazakTADI, Menteri Kewangan kata kerajaan tak kawal bank dan tak...

Seleweng Dana RM15 Juta: 3 Individu Direman Semula

PUTRAJAYA – Tiga individu yang dibebaskan selepas tahanan reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana RM15 juta ke atas mereka berakhir semalam, telah ditahan semula.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ketiga-tiga lelaki itu ditahan semula di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram.

Mereka merupakan antara empat individu termasuk seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk yang direman lima hari bermula 26 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan salah guna kuasa.

Perintah kebenaran reman sehingga Jumaat ini itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman hari ini.


Ketiga-tiga mereka direman semula bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram dan Pen­cegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA), kata jurucakap tersebut.

Mereka yang ditahan semula ialah seorang bekas pengarah perolehan sebuah bank dan dua pemilik syarikat penerbitan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori