PERSATUAN Seniman Malaysia (SENIMAN) telah membuat laporan polis terhadap penyanyi Namewee, pada Khamis.
Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, berikutan kontroversi video klip lagu Oh My God yang dikatakan menghina agama Islam.
Selain Namewee, video itu turut Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sebuah kumpulan lelaki dari Taiwan dikenali sebagai Nine-One-One.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, berkata tindakan Namewee itu bukan sahaja mencemarkan agama Islam , tetapi juga mencalarkan imej negara di mata dunia.
“Tindakan biadap dan tidak beretika Namewee dianggap sebagai cubaan untuk menggugat, mencemar perpaduan dan keamanan negara, malah boleh menyebabkan negara kucar-kacir jadinya,” katanya semasa majlis rumah terbuka persatuan itu di Dataran Karyawan FINAS, Hulu Klang, malam tadi.
Pihak SENIMAN turut menyerahkan surat bantahan kepada Pegawai Khas Kanan, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jamawi Ja’afar. – MYNEWSHUB.C
Sumber: BH Online