Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Panik! Lelaki Iras ‘Han-sol’...

SEPANG - Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia2) hari ini menjadi tumpuan wakil media...

1MDB: Pengarah Urusan Bergelar...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah urusan sebuah firma berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berusia...

Tiada Bukti Virus COVID-19...

BEIJING - Pasukan pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sangsi terhadap khabar angin mengenai...

Peruntukan RM1.5 Bilion Naik...

SEGAMAT - Kerajaan memperuntuk RM1.5 bilion bagi membina dan menaik taraf hospital dan...

Shaharul Ridzwan Tolak Tajaan, Guna Duit Sendiri

PELAKON Shaharul Ridzwan, 27, mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran tajaan yang diterimanya untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 16 September depan.

Tambahnya, dia membuat keputusan tersebut kerana mahu merasai pengalaman menguruskan perkahwinan idamannya sendiri. Shaharul juga memberitahu bahawa dia ingin menggunakan wang simpananya untuk merialisasikan perkahwinan tersebut.

“Alhamdulillah, memang ada beberapa tajaan utama yang ditawarkan kepada saya tetapi saya terpaksa menolak dengan cara yang baik. Saya mahu menikmati perasaan menguruskan sendiri majlis tersebut tanpa bergantung kepada pihak lain.

“Semua orang tahu besarnya pahala jika memberi makan kepada orang lain dan saya mahu hidangan yang disediakan nanti merupakan hasil dari titik peluh saya sendiri.

“Majlis perkahwinan saya nanti bukanlah majlis besar-besaran dan hanya mengikut kemampuan saya sahaja. Apa yang penting, ia akan diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan,” katanya kepada mStar Online.


Pasangan Shaharul Ridzwan dan Qaabila Deena Emir, 28, akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan akan mengadakan majlis resepsi pada jam 3 petang di Dewan Sri Siantan Putrajaya pada hari yang sama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori