Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Sita Bas Sekolah...

KOTA BHARU - Cubaan seorang wanita yang memandu sebuah bas sekolah tanpa lesen...

Helmi Azam Julang Honda...

MOHD Helmi Azman berazam untuk menyekat menjulang Honda dan menyekat dominasi Yamaha daripada...

Lelaki Dipaksa Kahwin Dengan...

SEORANG penternak yang ditangkap sedang melakukan seks dengan seekor keldai telah dipaksa oleh...

TDM Mampu Hadapi Ancaman...

PORT DICKSON - Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) memiliki kemampuan menghadapi ancaman senjata...

Shaheizy Sam Terperangkap Dalam Pesawat 7 Jam

PADA minggu lalu, pelakon Shaheizy Sam telah pun terbang ke Switzerland bagi menghadiri Festival Filem Locarno ke-69, yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan dalam majlis itu.

Dalam pada keterujaan itu, rupa-rupa terkandung cerita duka apabila Sam dikatakan berhadapan mencemaskan terperangkap dalam pesawat selama tujuh jam berikutan berlakunya insiden sebuah kapal terbang lain terbakar.

Cerita itu dikongsi oleh pengarah Interchange yang turut bersama Sam, Dain Said, menerusi akaun Facebooknya.

Menurut Dain, dek kerana insiden itu, pesawat mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Shaheizy Sam Terperangkap Dalam Pesawat 7 Jam
SAM menghadiri Festival Filem Locarno ke-69.

Lebih menguji perasaan, bagasi Sam dilaporkan hilang ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno.

“Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula.


“Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula,” katanya.

Difahamkan, filem Interchange ini akan muncul di pawagan pada awal tahun 2017.

Filem seram supernatural ini menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia termasuk Nicholas Saputra, Prisia Nasution, Iedil Putra, Nadiya Nissa, Alvin Wong dan Chew Kin Wah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori