Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Kesan 9 Individu...

SHAH ALAM - Polis mengesan sembilan individu bagi membantu siasatan kes kematian anggota...

Gempur 7 Pusat Pelacuran...

Kuala Lumpur : Tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan mulia ini digempur...

Sektor Automotif Kembali Rancak...

Prestasi sektor automotif yang lesu hampir sepanjang tahun ini ekoran ketidaktentuan pasaran yang...

AKSEM Rampas Tenggiling, Sisik...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) mematahkan cubaan menyeludup 55...

Sharnaaz Rancang Nikahi Nabila Tahun Depan

SETELAH beberapa kali gagal dalam beberapa siri percintaan, pelakon Sharnaaz Ahmad, 31, akhirnya akui telah sedia bergelar suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila.

Menurut Sharnaaz, mereka sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga dan harap perkahwinan mereka dapat dilansungkan selewat-lewatnya tahun depan.

Sharnaaz bernama Nabila.
Sharnaaz bersama Nabila dan keluarganya.

Kata aktor berbadan sasa ini, dia menyerahkan segala urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.

“Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.

“Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.

“Namun, kalau boleh saya enggan ‘mengikat’ bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan,” katanya kepada BH Online. 

Sementara itu, Sharnaaz akui Nabila membuatkan dirinya merasa cukup istimewa.

sanas001.transformed


“Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi. Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor.

“Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri.

“Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta. Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga emberi restu,” katanya.

Pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Hero di TV2.  – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori