Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

5 Terkorban Nahas Helikopter...

SEVIERVILLE - Lima terbunuh apabila helikopter pelancong yang dinaiki mereka terhempas berhampiran Taman...

PRU14: Polis N.Sembilan Buka...

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan membabitkan dua kes sepanjang...

Abby Abadi Bernikah Lagi,...

ANTARA khabar paling hangat diperkatakan kini adalah bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon...

Polis Tahan Remaja 15...

BERLIN - Polis Jerman menahan remaja lelaki berusia 15 tahun hari ini yang...

‘Siapa Sangka Buruh Bangla Rupanya Ahli Farmasi..!’

PEPATAH ada menyatakan, jangan menilai buku daripada kulitnya. Atau dalam erti kata lain, jangan melihat seseorang berdasarkan luaran semata-mata kerana apa yang kita nampak tidak semestinya mewakili dirinya yang sebenar.

Jangan ingat mereka yang bekerja sebagai penjual nasi lemak di tepi jalan itu rata-ratanya tidak punya pendidikan yang tinggi, pokok pangkalnya jangan suka mendabik dada dan memandang rendah pada orang lain.

Hal ini ada kaitannya dengan pengalaman unik seorang doktor bertauliah yang baru-baru ini didatangi seorang pesakit yang merupakan buruh binaan warga Bangladesh.

Perkongsian di laman Facebook Doktor Goh Aik Ping, yang mempunyai klinik persendirian di Johor Baharu ini telah membuka mata ramai rakyat Malaysia dalam memandang warga asing yang bekerja di negara ini.

Pada asalnya pesakit warganegara asing itu datang ke klinik Dr. Goh untuk mendapatkan rawatan, namun apa yang mengejutkan apabila dia sendiri memberitahu doktor simptom dan kemungkinan penyakit yang dialaminya menggunakan terma perubatan yang tak ramai tahu, di samping sebutannya yang sangat tepat.

“Pesakit Bangladesh itu mengadu yang dia cirit birit dan mengesyaki dirinya menghidap ‘disentri’, satu istilah perubatan untuk jangkitan usus.

“Saya terkejut dan berhenti merawatnya seketika. Kemudian saya bertanya bagaimana dia tahu istilah itu? Tetapi dia mendiamkan diri,” tulis Doktor Goh dalam perkongsian di halaman Facebooknya.

Selepas memeriksa, Dr. Goh menerangkan bahawa keradangan dalam perut atau gastroenteritis merupakan punca cirit birit dialaminya.

'Siapa Sangka Buruh Bangla Rupanya Ahli Farmasi..!'

'Siapa Sangka Buruh Bangla Rupanya Ahli Farmasi..!'
Doktor Goh Aik Ping

Belum sempat beliau menerangkan preskripsinya, pesakit Bangladesh itu bertanya jika beliau mempunyai Ciprofloxacin, Metronidazole dan Azithromycin, nama-nama ubat yang kompleks dan hanya digunakan oleh doktor atau pakar perubatan sahaja.

“Saya tertanya-tanya, bagaimana lelaki ini boleh mengetahui nama ubat-ubatan, malah sebutannya juga sangat tepat,” tulisnya setelah dialih bahasa dari portal The Coverage.


Enggan terus berteka-teki, Dr. Goh mengupas identiti sebenar buruh binaan Bangladesh itu yang ternyata, sebenarnya seorang ahli farmasi dan memiliki farmasi sendiri di Bangladesh.

“Saya belajar farmasi dan adik saya pula doktor. Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan negara ekoran ketidakstabilan politik. Setelah segalanya pulih, saya akan kembali ke Bangladesh,” katanya kepada Dr. Goh.

“Saya berasa sedih untuk dia. Dia meninggalkan bangsa dan kerjayanya untuk datang ke bumi ini sebagai pekerja binaan, sanggup bekerja keras di bawah cahaya matahari terik, menanggung persekitaran yang bertentangan dengan budayanya. Semuanya kerana kehidupan domestik di sini lebih baik.

“Saya tidak dapat membantunya, hanya sekadar mengeluh sahaja,” kata Dr. Goh.

Doktor itu juga mempersoalkan nasib rakyat Malaysia sekiranya negara ini berdepan dengan situasi ketidakstabilan politik.

“Apakah rakyat Malaysia akan merantau ke negara yang lebih maju dan menjadi kuli/buruh di negara orang tetapi menikmati hidup yang jauh lebih baik dari di negara sendiri?” soalnya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Dr. Goh Aik Ping

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori