Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Budak Kecil Tak Gentar...

AUCKLAND - Seorang budak perempuan berusia enam tahun digelar kanak-kanak paling berani di...

Polis Siasat Insiden Mejar...

KOTA KINABALU - Polis sedang menyiasat seorang anggota tentera berhubung insiden tertembak ketika...

‘Skim Kenderaan Pertamaku’ Elak...

Memandangkan hutang membeli kenderaan merupakan hutang kedua tertinggi yang dideritai oleh anak muda...

Tumpahan Minyak Di Stesen...

IPOH - Kesan minyak akibat kebocoran satu unit generator di Stesen Janaelektrik Sultan...

Sikap Yang Betul Diambil Kira Dalam Temu Duga

KUALA LUMPUR – Apa yang akan membezakan siswazah dengan pesaing lain dalam temu duga kerja di negara ini ialah sikap yang baik, kata Ketua Sumber Manusia AirAsia Berhad dan AirAsia X, Wan Ezrin Sazli Wan Zahari.

“Siswazah yang baru lulus perlu memiliki sikap yang betul apabila memohon kerja. Ini semua mengenai kesedaran diri…saya percaya mereka yang suka bersaing dan bekerja keras akan mendapat pekerjaan yang mereka mahu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Sidang Kemuncak Sumber Manusia Kebangsaan anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di sini hari ini.

Wan Ezrin berkata ada kakitangan di syarikatnya yang dapat mengatasi kekurangan akademik dan berjaya hasil kerja keras mereka.

“Mereka ini, walaupun bukan pemegang ijazah, mempamerkan tahap profesional yang tinggi dan sangat bekerja keras…kelayakan tidak penting tetapi sikap calon pekerja sangat dititik-beratkan,” katanya.

Ketua Perkhidmatan Korporat Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) Lim Kah Cheng berkata siswazah yang baharu perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum hadir ditemu duga.

“Apabila memohon pekerjaan, mereka perlu tahu apa yang dikehendaki oleh syarikat tersebut dan bagaimana untuk menyesuaikan diri, bukan sebaliknya,” kata Lim.

Beliau juga berkata pembawaan calon pada hari temu duga juga sangat penting kerana ia memberikan tanggapan pertama yang baik.


“Apabila kami mengambil pekerja, dengan masa yang terhad bersama seseorang calon, tanggapan pertama sangat penting…saya rasa penampilan adalah utama, selain maklumat diri yang lengkap,” katanya.

Selain itu, Pengarah Sumber Manusia Pusat Pembangunan Global Experian Malaysia, Nadiah Tan Abdullah berpendapat siswazah perlu memiliki keperibadian sendiri.

“Saya dapat banyak maklumat diri calon tapi apa yang akan membuatkan mereka lebih menonjol adalah penjenamaam peribadi.

Bagaimanapun, pada masa sama, Nadiah berkata siswazah perlu realistik dengan jangkaan mereka.

“Mereka tidak boleh menjangkakan gaji yang besar tanpa mahu bekerja keras ketika memulakan kerjaya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori