Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

AirAsia QZ8501: Kejutan Besar...

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata...

Najib Serah Kurma Sumbangan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 10...

Kampung Baru Perlu Dipertahan...

KUALA LUMPUR - Kampung Baru di sini yang menjangkau usia 118 tahun perlu...

Kelawar Paling Kuat Tidur,...

LONDON - Sempena Hari Tidur Sedunia yang disambut pada 15 Mac lalu, Guinness...

Sindrom Malaysia: Antara Debat, Penat & Matlamat

SIRI serangan bom serta kebimbangan merebaknya sel Daesh secara sejagat pada tempoh terdekat, kini memasuki frasa baharu.

Frasa sindrom Malaysia: Berdebat!

Ketika Tentera Iraq dan Pentagon sudah 48 jam melancarkan serangan maut terhadap Mosul, kubu terakhir Daesh – serta isyarat rangkaian serangan bom di Selatan Bangkok mempunyai kaitan dengan Daesh Malaysia, kita kini terseret ke krisis baharu.

Krisis serangan ulama dan ilmuan Islam terhadap polis. Dalam kes ini, terhadap Ketua Bahagian Counter Terorism E8, Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Maidin Pitchay.

Malaysia mudah terseret dalam perbalahan dan debat terbuka. Ini bukan setakat budaya kaki gelembong di kaki lima. Ulama dan ilmuan Islam pun nampak ghairah dengan mainan murahan ini.

Debat dan bertekak secara terbuka sudah menjadi demand popular – ulama dan ilmuan pun terdesak untuk memburunya.

Dalam kes mutakhir ialah mengenai Imam Taimiyyah. Ulama tersohor abad 13 yang hujah-hujahnya dikaitkan E8 sebagai modul utama yang digunakan Daesh dalam mendoktrinkan pandangan ekstrim pengikutnya. Pandangan Imam Taimiyyah mengenai keizinan memerangi orang Islam atas perkara-perkara tertentu, dikenal pasti inteligen Bukit Aman, dipromosi secara salah oleh Daesh.

Ulama dan Ilmuan pula menyanggah; malah menyergah pandangan Datuk Ayob Khan.

“Ini soal tuduhan ke atas seorang tokoh agamawan yang mana ilmunya diiktiraf dunia sampai ke hari ini,” kata Penasihat Agama Pemuda Umno, Fathul Bahri.

Malah, Fathul menganggap, pandangan E8 tidak relevan.

Tidak cukup dengan sergahan itu, pakar agama Pemuda Umno itu mendakwa, Ayob tidak melakukan kajian mendalam mengenai hal Imam Taimiyyah.

Ayub mengemukakan pandangan mengenai penemuan siasatan inteligen terhadap 250 pengganas Daesh yang sudah ditahan di negara ini sejak 2014. Serta, profil intelegen dunia yang turut berkongsi sumber yang sama. Dalam pemprofilan polis, tahanan Daesh mendedahkan doktrin yang sama.

Polis mengemukan hujah berdasarkan fakta siasatan.

Sebelum ini, Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Mahmood Zuhdi Abd Majid pun menempelak Datuk Ayob Khan.

Keadaan bertambah menjengkelkan apabila, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata Ibn Taimiyyah menjadi rujukan umat Islam seluruh dunia.

Rasanya begini. Sesiapa yang mengikuti satu daripada ratusan kuliah cegah jenayah Deash pastinya faham: Konteks hujah Datuk Ayob dalam soal Imam Taimiyyah.


Berdasarkan manipulasi semasa, Bukit Aman berharap, doktrin yang dimanipulasi Daesh dari pandangan Imam Taimayyah perlu diawasi.

Pandangan Datuk Ayub Khan adalah dalam konteks menangangi doktrin Daesh.

Sindrom Malaysia: Antara Debat, Penat & Matlamat

Kalau ulama dan ilmuan faham; ada sedikit bijaksana dan berhemah, pandangan taktikal jenayah ini tidak disanggah secara terbuka.

Sikap melatah ulama dan ilmuan akan memusnahkan kempen E8 bagi mengelakkan pandangan Imam Taimiyyah dipromosi sebagai doktrin keganasan.

Ini kempen taktikal kerana Daesh juga menggunakan taktikal mempromosi pemikiran Imam Taimiyyah bagi menghalalkan pembunuhan sesama Islam tanpa mempedulikan mazhab.

Beginilah. Ulama dan ilmuan jangan ambil langkah arm chair; yakni bersenang-lenang melemparkan pandangan. Dalam kes ini kena faham isu dan taktikal.

Ini soal 60 ribu pengganas Daesh yang mengangkat senjata secara terbuka di Asia Barat dan Utara Afrika, sedang mempromosi agenda dan doktrin keganasan. Malah, sel sokongan Daesh kini menembus masuk sampai ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, di negara kita, walaupun lebih 250 saspek sudah ditahan, namun ada keyakinan untuk percaya bahawa doktrin Daesh sudah meresap masuk dan melangkau lima atau enam kali ganda angka tangkapan.

Ulama dan ilmuan, elok ambil langkah setapak ke hadapan. Temui Datuk Ayob Khan secara tertutup dan berdiskusi. Sebab ini perang taktikal.

Memberikan kenyataan terbuka dan menyanggah polis hanya akan mempopularkan semula doktrin ini.

Apa yang sedihnya nanti, ulama dan ilmuan boleh terus berehat seperti biasa; ketika polis bermati-matian memerangi ancaman Daesh ini.

Adoi fed-up sungguh dengan budaya cheap thrill ini! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori