Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Suruhanjaya Perkukuh Keselamatan Data...

KUALA LUMPUR : Kementerian Digital bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Data Malaysia bagi memperkukuhkan...

Gadis Bunuh Diri Tak...

SEORANG pelajar universiti yang dipenjara selama dua tahun atas kesalahan memandu sambil mabuk...

Orang Tengah Kes Rasuah...

PUTRAJAYA - Seorang lelaki yang disyaki memainkan peranan sebagai 'orang tengah' direman selama...

(TIDAK RASMI) BN Mendahului...

PETALING JAYA : Barisan Nasional (BN) mendahului di 16 kerusi Parlimen pada Pilihan...

Singapore Airlines Dikritik ‘Pinggirkan’ Jo Schooling

SYARIKAT penerbangan Singapura, Singapore Airlines dikritik kerana memuat naik gambar yang menunjukkan seolah-olah pemenang pingat emas Olimpik negara itu, Joseph Schooling atau Jo Schooling dipinggirkan.

Foto sambutan meraikan kepulangan Jo itu dimuat naik di laman sosial syarikat penerbangan kebangsaan tersebut menunjukkan Jo (lihat gambar atas dan ditanda dalam bulatan) berada di bahagian belakang sekumpulan krew dan anak kapal.

Perenang itu yang memakai jaket kontinjen Singapura kelihatan tersisih manakala pegawai dan pramugari Singapore Airlines di barisan depan pula tampak lebih menonjol dalam gambar tersebut

Berikutan pelbagai komen negatif yang diterima, pengendali laman sosial Facebook Singapore Airlines akhirnya terpaksa memadam gambar tersebut daripada menjadi tontonan umum.

Seorang netizen tempatan, Tan Beng Hoon menulis: “Kenapa bintang yang sepatutnya diraikan kena berada di barisan belakang. Gambar ini kelihatan pelik sama sekali.”


Peggy Hong pula mencoret: “Siapa sebenarnya yang BINTANG dalam ni? Walaupun mungkin Joseph Schooling tak kisah duduk di belakang, tapi gambar ini memang sangat tak masuk akal. Bukankah ini parti untuk meraikannya?”

Jo memenangi pingat emas acara renang individu 100 meter kuak kupu-kupu Sukan Olimpik Rio 2016 menewaskan jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps yang sekadar berpuas hati dengan pingat perak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori