PEMAIN Melaka United, Ilija Spasojevic, menjadi salah satu calon pemain terbaik Malaysia untuk bulan Julai 2016.
Pemain yang pernah memperkuatkan kelab Persib Bandung dari Indonesia itu, antara lima pemain yang tersenarai dalam pemain terbaik Malaysia, bersama-sama dengan Mohd Zaquan (JDT II), Rafael de Jesus Bonfim (JDT II), Gabriel Miguel Guerra (PKNS FC), dan Yashir Pinto (Melaka United).
“Undian itu berlangsung selama 10 hari,” kata Spaso,
Spaso mengaku ia senang dan mendapat kelebihan tersenarai dalam ranking calon pemain terbaik. Hal itu, menjadi sebuah pencapaian penyerang berasal dari Montenegro itu pada musim pertama bersama kelab di Malaysia.
Selepas Spaso tersenarai menjadi calon pilihan, atas berkat penampilan terbaiknya bersama Melaka. Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain sementara penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan jaringan 19 gol.
Selain itu, penampilan cemerlang Spaso bersama Melaka untuk sementara menaikkan kedudukan kelab itu.
“Saya Sudah memecahkan rekod legenda Melaka, Halim Jantan, yang mencatat 16 gol,” katanya.
Kerana itu, Spaso mengharapkan sokongan dari semua pihak termasuk dari penyokong.
“Saya melihat di media sosial sudah banyak orang Melaka memilih saya. Kalau ‘bobotoh’ juga ikut jejak saya mesti menang. Katanya, fan base ‘bobotoh’ paling besar di Asia,” harapan Spaso. – MYNEWSHUB.CC