Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Najib Berperanan Tukar TIA...

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam kenyataan pembukaan...

Masih Tidak Serik Setelah...

BESUT - Seorang lelaki yang dibebaskan dari penjara April lalu kerana memiliki dadah,...

Abai Imunisasi, Kesihatan Anak...

GUNDAH hati artis terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi dan suaminya, Ory Vitrio apabila dua...

Video: Seret, Pukul Ibu...

HANYA kerana menuntut hutang, seorang wanita tergamak memukul dan menyeret ibunya sendiri dalam...

Suami Isteri ‘Naik Minyak’ Gigit Polis

KUCHING – Gara-gara berang apabila ditahan dalam sekatan jalan raya, sepasang suami isteri bertindak seperti ‘Zombie’ dengan menggigit dua anggota polis di Jalan Matang Baru, malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai dalam satu kenyataan berkata, polis menghentikan sebuah kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang wanita berusia 41 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 44 tahun.

Ketika pemeriksaan, suspek lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis dan cuba merampas senapang jenis HK-MP5 yang dibawa seorang anggota berpangkat lans koperal semasa sekatan tersebut.

Isteri suspek keluar dari kereta dengan bertindak merebahkan dirinya dan mencabar polis untuk menahannya.

Semasa proses penahanan, pasangan itu menggigit tangan anggota polis yang berpangkat konstabel dan koperal.


Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua suspek dipercayai dalam keadaan mabuk.

Pasangan yang tiada pekerjaan tetap itu direman empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas anggota polis. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori