PELIK bin ajaib. Kebiasaanya ibu yang hamil memerlukan masa hanya sembilan bulan untuk bayi dalam kandungan mencapai tempoh matang sebelum melahirkan.
Namun, lain pula yang berlaku pada seorang wanita di wilayah Hunan, China, yang telah hamil 17 bulan.
Menurut Wang Zi, dia sepatutnya bersalin 15 November tahun lalu, akan tetapi hasil pemeriksaan doktor menunjukkan dia masih belum boleh bersalin.
“Saya pun sendiri rasa malu kenapa saya mengandung begitu lama. Saya harap bulan depan saya dapat lahirkan bayi ini dengan selamat.
“Saya dan suami seperti sudah hilang sabar. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya seminggu sekali saya pergi ke hospital melakukan pemeriksaan dengan harapan boleh bersalin.
“Saya telah melakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya 30 kali dengan bayaran tidak kurang 10,000 yuan (RM6,000), bayi dalam kandungan tetap tidak dapat dilahirkan,” katanya.
Dalam pada itu, Wang Xi memberitahu, dia pernah meminta doktor untuk melakukan pembedahan caesarean ketika kandungannya mencapai 14 bulan namun doktor tidak mengizinkan.
“Tetapi doktor tolak permintaan saya kerana katanya, bayi dalam kandungan saya masih belum matang.
“Doktor minta saya bersabar kerana bayi masih selamat dan sihat dalam kandungan saya. Jadi terpaksalah saya tunggu sehingga hari ini,” katanya.
Sementara itu, seorang doktor pakar sakit puan memberitahu, wanita yang pernah mengandung paling lama di dunia ialah selama 13 bulan.
“Inilah kes luar biasa bagaimana seseorang wanita mampu mengandung selama 17 bulan. Saya sendiri hairan dan tidak mampu jawab keadaan pelik ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC