Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Prosedur Penyediaan Dan Pengendalian...

BAGI mereka yang ingin mengetahui bagaimana prosedur kertas peperiksaan, ini adalah maklumat tentang...

Keluarga Pemangkin Utama Penembak...

PALEMBANG - Sebuah keluarga yang menembak bersama sentiasa akan tetap bersama! Ia adalah perumpamaan...

Ringgit Bakal Pulih Apabila...

KUALA LUMPUR: HSBC Group percaya ringgit yang di bawah nilai ketika ini bakal...

Alfatihah, Jenazah Nor Hayati...

Difahamkan jenazah Nor Hayati Sulong, 37 isteri kepada Suhaimi Awang telah ditemui di...

“Tahniah Pandalela Dan Jun Hoong,” Kata Ahmad Zahid

BALI – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong yang menyumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016, semalam.

Timbalan perdana menteri berkata kejayaan di temasya Olimpik itu akan memberi motivasi kepada atlet negara bagi menghadapi saingan dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun depan.

Katanya dengan kejayaan ini, beliau yakin Kementerian Belia dan Sukan akan lebih menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi prestasi acara sukan di peringkat antarabangsa bersesuaian dengan fizikal rakyat Malaysia.

“Kejayaan ini akan memberi cabaran baharu kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memastikan atlet negara terus cemerlang dalam sukan terutama dalam Sukan SEA yang akan kita anjurkan tahun depan,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.


Pandelela dan Cheong, yang memenangi pingat perak acara terjun 10 meter platform seirama di Sukan Olimpik Rio sebelum ini pernah memenangi pingat gangsa pada Olimpik London 2012. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori