Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK Tanjung Piai: Presiden...

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong enggan mengulas...

Wanita Guna Pad Berdarah,...

SEORANG wanita di China sanggup menggunakan tuala wanita yang berdarah sebagai 'senjata' untuk...

Najib Balas Tony Pua,...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan perbezaan...

Kakitangan Main Peranan Lonjak...

KUANTAN - Kakitangan atasan dan bawahan memainkan peranan sama penting bagi membantu melonjakkan imej pentadbiran kerajaan negeri...

Taiping Miliki Keistimewaan Anjur Program Berprestij

TAIPING – Taiping mempunyai pelbagai keistimewaan dan tempat menarik untuk penganjuran pelbagai program termasuk acara sukan berprestij seperti Raintown Half Marathon.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata penganjuran acara dengan penyertaan banyak sehingga mencecah 4,000 orang, pastinya dapat merancakkan aktiviti pelancongan tempatan serta menjana pendapatan penduduk.

“Para peserta yang berkemungkinan besar datang berkunjung bersama keluarga akan berbelanja untuk penginapan, membeli belah, makan dan minum serta membeli cenderamata.

“Keadaan seperti ini amat baik untuk mempromosi Taiping serta memacu ekonomi masyarakat Taiping,” katanya ketika menutup Raintown Half Marathon di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.


Mohamed Nazri berkata Taiping mempunyai 23 produk pelancong yang boleh dilawati serta lebih 10 jenis makanan yang berupaya diiktiraf sebagai ikon bandar berkenaan.

Beliau berharap kerajaan negeri serta entiti pelancongan lain seperti Tourism Perak, Destination Perak dan Tourism Malaysia Perak terus memberi sokongan dan bantuan agar pelbagai aktiviti menarik dapat terus diadakan di Taiping.

Acara larian itu menyaksikan tujuh ketegori dipertandingkan antaranya terbuka lelaki 21 kilometer (km) yang dimenangi pelari Kenya Thomas Muli sekali gus membawa pulang medal serta wang tunai RM800. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori