Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Program ‘Water For Life’...

PADANG BESAR - Program 'Water For Life', inisiatif Petronas Dagangan Berhad (PDB), telah...

100 Penduduk Selamat Budak...

GUANGXI (China) - Seramai 100 penduduk di bandar ini bekerjasama mengangkat sebuah bas...

Golongan Muda Diseru Sertai...

SERI ISKANDAR - Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib hari...

Tangan Berotot Bayi Jadi...

Jepun kini dilanda kegilaan terbaru di mana ibu bapa `gila’ untuk memuatnaik gambar...

Tak Menang Tangan Terima Tempahan Baju Jalur Gemilang

SUDAH menjadi kelaziman apabila tiba bulan Ogos, rakyat Malaysia disaran mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda mengingati tarikh keramat negara bebas daripada penjajah.

Bagi tukang jahit yang berasal dari Kampung Gembut, Kota Tinggi, Johor, tidak menang tangan apabila menerima tempahan baju berasaskan Jalur Gemilang.

Rozita Abdul Manap, 35; berkata kepada laman akhbar tempatan, kedainya menjadi tumpuan orang ramai setiap kali bulan Ogos tiba sejak dibuka lapan tahun lalu kerana menghasilkan baju menggunakan bendera negara.

“Saya mula mengambil tempahan untuk baju Jalur Gemilang sejak lima tahun lalu dan kebanyakan pelanggan dalam kalangan guru, pelajar dan penduduk sekitar Tanjung Sedili,” katanya.

Tak Menang Tangan Terima Tempahan Baju Jalur Gemilang

Tambah Rozita, antara rekaan baju yang selalu ditempah oleh para pelangganya ialah kurta, baju melayu, baju kurung moden, peplum, baju kebaya dan kemeja. Setiap tempahan baju yang diterima hanya dikenakan bayaran antara RM30 dan RM70 setiap satu.

“Bagi sambutan Merdeka tahun ini, saya terima 50 tempahan bernilai RM1,000 daripada individu dan murid tadika serta sekolah rendah.


“Selain baju, ada juga yang menempah songkok yang disarung Jalur Gemilang dan wau tradisional berasaskan bendera negara,” katanya.

Bagaimanapun, jelas ibu kepada tiga anak ini, menjahit baju Jalur Gemilang bukanlah senang kerana ia perlu diseterika dahulu sebelum dipotong dan dijahit kerana fabrik bendera yang diperbuat daripada nilon bersifat licin. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori