Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ketua AMK P.Pinang, Lebih...

PANAS... PKR Pulau Pinang menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14...

Tengku Zafrul Teraju Miti,...

Kuala Lumpur : Bekas Ketua Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), Tengku Datuk...

Zarina Anjoulie Bincang Hal...

ALAHAI, macam tak ada topik lain yang boleh dibincangkan oleh artis penuh kontroversi, Zarina...

Kekasih Bersyukur Doa Lihat...

SIAPA yang tidak gembira bila insan tersayang berubah ke arah yang lebih baik?Itulah...

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!

TOURISM Johor dengan sokongan Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) menganjurkan satu program Fam Trip untuk memperkenalkan kepulauan Mersing, baru-baru ini.

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!

Program yang turut mendapat kerjasama Pejabat Daerah Mersing, Majlis Daerah Mersing dan Perbadanan Taman Negara Johor itu, ternyata telah membuka lembaran baharu tentang keindahan pantai di negeri Selatan yang selama ini belum diketahui ramai.

Ia juga menjadi satu penanda aras positif tentang kemampuan sektor Pelancongan Negeri Johor untuk terus berkembang dengan adanya produk-produk pelancongan bertaraf antarabangsa yang dapat menarik perhatian pelancong domestik mahupun antarabangsa.

Selain memiliki Taman Tema Legoland yang pertama di Asia dan bertaraf antarabangsa seperti Hello Kitty Theme Park yang pertama di Negara Jepun, Johor bertuah kerana memiliki produk-produk berasaskan eko-pelancongan seperti Taman Negara Endau Rompin, ‘Shopping Tourism’ (Johor Premium Outlet), bangunan-bangunan lama yang kaya dengan nilai sejarah (Muzium Diraja) serta persisiran pantai yang indah (Desaru dan kepulauan Mersing).

Kepulauan Mersing yang menjadi pilihan untuk diketengahkan dalam program Fam Trip bersama media kali ini, tersenarai dalam Pelan Induk sebagai Kluster Pembangunan Pelancongan yang dinamakan ‘Marine & Island Escapade’ selain dikategorikan sebagai Zon Tarikan Marin dan pulau berkualiti tinggi.

Wakil Mynewshub yang dipelawa mengikuti program ini ikhlas mengakui, kepulauan Mersing setanding dengan Krabi dan Phuket di Thailand, Cebu di Filipina.. malah Maldives!

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!


Kelebihan kepulauan Mersing terletak pada kejernihan air laut, kehalusan pasir pantai serta keindahan batu karang yang sihat dan cantik sekaligus menawarkan para pelancong yang meminati aktiviti air seperti scuba diving, snorkelling dan island-hopping kenangan yang cukup mahal.

Gugusan kepulauan Mersing terdiri daripada Pulau Rawa, Pulau Tengah, Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Aur dan Pulau Dayang yang dikenali sebagai syurga kepada para penyelam, serta Pulau Tinggi dan Pulau Pemanggil yang digemari untuk aktiviti memancing.

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!

“Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor (2014-2023) turut mengenalpasti produk Flagship Mersing adalah Taman Laut Sultan Iskandar, terletak di gugusan kepulauan Mersing yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa,” ujar Pengerusi JK Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong dalam ucapannya sempena majlis Makan Malam FAM Trip Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia ke Kepulauan Mersing di Sari Pacifica Resort.

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!
Pengerusi JK Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong.

“Saya berharap rakan-rakan media dapat bekerjasama secara rapat dengan Kerajaan Negeri menerusi Tourism Johor untuk mempromosikan keindahan Gugusan Kepulauan Mersing yang eksotik dan belum terusik ini. Bersama-samalah kita berusaha menyemaikan rasa bangga pada pilihan percutian dalam negara,” tambah Tee.

Tak Perlu Ke Maldives.. Kita Ada Mersing!
Bertaraf antarabangsa.. kemudahan luncur air yang terdapat di Pulau Rawa.

Apa yang boleh dirumuskan, penyertaan dalam FAM Trip ini telah memperlihatkan sisi keindahan kepulauan Mersing dan potensinya untuk dijadikan pusat peranginan antarabangsa atau Mini Maldives di perantauan Asia. – MYNEWSHUB.CC

*Berminat untuk review produk pelancongan anda termasuk hotel, homestay, cenderamata eksklusif dll di Mynewshub atau beriklan di kaca TV dengan kos amat berpatutan? Hubungi team advertorial kami di [email protected]*

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori