Demi merasai pembelajaran yang cukup, seorang ayah bernama Yu Xukang berasal dari China sanggup berjalan kaki dan menggendong buah hatinya, Xiao Qiang sejauh kira-kira 28 kilometer (km) setiap hari.
Xiao Qiang dilahirkan kurang upaya sehingga usianya kini telah mencapat 12 tahun masih belum mampu berjalan.
“Anakku tidak mampu berjalan sendiri, ini bermakna ia tidak boleh menunggang basikal. Selain itu, di usianya yang sudah 12 tahun, tingginya hanya 90 sentimeter,” kata ayahnya kepada media negara China.
Sejak berumur tiga tahun Xiao Qiang hanya diuruskan oleh ayahnya disebabkan kerana orang tuanya telah bercerai.
Sebenarnya, Xukang telah mendaftarkan anaknya itu ke beberapa sekolah biasa di kampung tempat beliau tinggal.
Apakan daya sekolah-sekolah tersebut menolak pendaftaran Qiang kerana dianggap tidak mampu belajar dan berinteraksi secara normal dengan pelajar lain.
Sekolah yang menerima Qiang pula berada sangat jauh dari rumahnya. Itulah sebabnya si ayah rela berjalan kaki dan menggendong si anak setiap hari agar dia tetap bersekolah.
Si ayah berkata, ĆĀ beliau sudah menggendong anaknya itu sejak September tahun lalu.
Setiap pagi beliau bangun jam lima dan menyiapkan bekalan makan tengahari kemudian menghantar ke sekolah dan kembali ke kampung untuk bekerja.
“Saya kemudian kembali ke sekolah untuk menjemput anak dan mendukungnya pulang,” katanya.
Perjuangan si ayah yang begitu kuat dibayar dengan prestasi cemerlang yang diperoleh Qiang.
Walaupun seorang yang kurang upaya, dia masih dapat meraih ranking pertama di kelasnya. Hal ini membuat si ayah merasa bangga dengan anaknya itu.
Kerajaan China mendapat maklum kisah mengharukan ayah dan anak ini yang tersebar melalui media danĆĀ dikhabarkan membuat tempat tinggal yang bedekatan dengan sekolah Xiao Qiang sehingga si ayah tidak perlu bersusah payah menggendong berpuluh-puluh kilometer seperti sebelum ini. – MYNEWSHUB.CC