KECOH menerusi laman sosial apabila satu notis yang menggunakan nama dan lambang Tenaga Nasional Berhad (TNB) konon dijadikan pula sebagai modus operandi baharu oleh perompak.
Dakwaan sensasi tersebut tersebar melalui media sosial baru-baru ini sehingga menimbulkan kebimbangan netizen yang mungkin khuatir mereka boleh menjadi mangsa samun seterusnya.
TNB dalam kenyataan media bagaimanapun menjelaskan kekeliruan mengenai notis ‘Maklum Balas Rumah Berkunci’ yang dikongsi di media sosial, dikatakan disalah guna untuk merompak.
Dalam kenyataan itu, TNB menafikan ‘posting’ĆĀ menerusi media sosial sebagai notis palsu oleh pihak tertentu bagi tujuan rompakan malah mengesahkan ia memang dikeluarkan pekerja TNB.
Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Pengguna, Bahagian Pembahagiaan TNB, Kamaliah Abdul Kadir berkata, notis tersebut memang dikeluarkan oleh petugas Unit Perjangkaan TNB Kuala Lumpur sebagai prosedur biasa.
“Ia akan dikeluarkan apabila warga kerja berkenaan tidak dapat mengakses meter bil disebabkan premis pengguna tidak dapat dimasuki akibat pintu pagar berkunci atau pelbagai halangan lain,” katanya.
Susulan itu, pengguna dinasihatkan agar tidak berkongsi ‘posting‘ tersebut kerana ia menyebabkan gangguan kepada pegawai yang kebetulan namanya tertera pada notis apabila disalah anggap sebagai penjenayah.
Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi pegawai khidmat pelanggan di talian 1300885454 atau pejabat TNB berdekatan sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan.ĆĀ -ĆĀ MYNEWSHUB.CC