Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fizo, Mawar Sah Bercerai...

SUASANA tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi...

Memupuk Inovasi Satu Kemestian...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan...

Zahirah ‘Kunci Mulut’ Soal...

PADA penghujung tahun lalu, kontroversi percintaan antara pelakon Zahirah Macwilson bersama dengan Zul...

Mayat Mangsa Bot Karam...

GEORGE TOWN - Mayat Rosmin Selamat, 62, yang lemas dalam kejadian bot karam...

Tamat Kontrak Zainal Untuk Pulih Prestasi Selangor – Azmin

SEPANG – Penamatan serta merta kontrak Zainal Abidin Hassan selaku ketua jurulatih Selangor mulai semalam dibuat selepas mengambil kira prestasi keseluruhan pasukan dan bukan atas faktor kewangan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berkata tindakan proaktif itu terpaksa diambil bagi memastikan prestasi The Red Giants yang cukup digeruni sebelum ini dapat dipertahankan.

“Tindakan ini berdasarkan merit dan mengambil kira prestasi pasukan, budaya dan sikap yang ditunjukkan pemain sejak awal musim.

“Inilah masalah sebenarnya, tindakan mesti diambil dan saya perlu lakukannya bagi memastikan prestasi baik pasukan dapat dikembalikan,” katanya kepada media.

Beliau merasmikan majlis pecah tanah Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 di Stesen Pam Air Mentah (SPAM), Kampung Jenderam Hilir, di sini hari ini.

Mohamed Azmin berkata walaupun secara keseluruhan prestasi pasukan ‘Merah Kuning’ itu belum dikelaskan sebagai merudum tetapi tindakan perlu dilakukan demi kebaikan jangka panjang.


Beliau berkata komitmen dalam meningkatkan kembali pasukan Selangor tidak akan terhenti setakat menamatkan tugasan Zainal Abidin sebaliknya akan disusuli dengan beberapa pengumuman penting selepas ini.

Semalam FAS dilapor menamatkan kontrak Zainal Abidin oleh Mohamed Azmin yang mengambil kira prestasi hambar pasukan Selangor kebelakangan ini dan tempatnya akan digantikan oleh pembantunya K. Gunalan.

Gunalan akan mengemudi Selangor bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia sehingga calon sesuai dikenal pasti. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori