Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sanchez Akui Bermasalah Di...

ALEXIS Sanchez mengakui beliau berdepan dengan kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu...

Isteri Muda Peraih Mungkin...

KOTA BHARU - Isteri ketiga peraih getah berusia 11 tahun yang juga warga...

Rahman Dahlan Tunjuk Bakat...

PADA Aidilfitri tahun lalu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek...

Isu Data Penumpang Bocor:...

PUTRAJAYA : Dua pasukan penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun melakukan ‘serbuan’...

Tamatnya Riwayat Rajan, Si Gajah Yang Pandai Menyelam

JIKA dipandang sepintas lalu, seekor gajah dikenali sebagai Rajan tidak berbeza daripada gajah-gajah lain. Namun, mamalia ini berbeza daripada spesiesnya kerana kemampuan dimilikinya iaitu pandai menyelam dan berenang.

Bagaimanapun Rajan yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhirnya sewaktu berkeliaran di salah sebuah pulau yang terdapat dalam Kepulauan Andaman, India.

Video Rajan sedang ‘beraksi’ di dalam laut yang di muat naik dan dan dikongsikan oleh pengguna laman sesawang memukau pencinta haiwan dari seluruh dunia.

Tamatnya Riwayat Rajan, Si Gajah Yang Pandai Menyelam

Aksi mamalia ini berenang telah dirakam oleh seorang jurugambar. Rajan dilihat ‘menendang’ air menggunakan kakinya untuk berenang manakala belalainya terlihat di permukaan air bagi memudahkannya untuk bernafas.

Menurut sebuah laman antarabangsa, Rajan ditemui terdampar di Pulau Haverlock, salah satu pulau yang ada di gugusan Andaman kerana pemiliknya tidak mampu sewa kapal bagi membawanya ke pulau berdekatan pada 2004.

Tamatnya Riwayat Rajan, Si Gajah Yang Pandai Menyelam


Malah haiwan mamalia ini juga hampir dijual kepada sebuah kuil di Kerala dan terpaksa menghabiskan sisa hidupnya dirantai di dinding kuil berkenaan.

Bagaimanapun, Rajan diselamatkan oleh pengusaha Barefoot Resort setelah berjaya mengumpul dana untuk pembebasannya dengan mengenakan bayaran kepada pelancong yang hendak berenang dengannya.

Keistimewaan Rajan memikat ramai jurugambar profesional dan wartawan sanggup mengunjungi kepulauan itu semata-mata untuk merakam gambar Rajan yang dirasakan sebagai haiwan mamalia yang unik. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori