Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Iklan Dari Watsons...

SUDAHKAH anda menyaksikan iklan kempen terbaru yang dibawakan oleh Watsons Malaysia?Kalau belum, silalah...

Seram! Peralatan Bersenam Bergerak...

LAMAN Stomp berkongsi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook,...

Serangan Di Gereja, Lima...

KANO, Nigeria - Lima orang terbunuh selepas seorang pengebom berani mati yang dipercayai...

Gaji Minimum Pastikan Simpanan...

KUALA LUMPUR - Peningkatan gaji minimum pekerja swasta yang diumumkan dalam Bajet 2016...

Tamrin Ghafar Umum Tidak Sertai Pribumi

KUALA LUMPUR  - Tun Dr. Mahathir Mohamad berdepan dengan tugas getir untuk menyakinkan penyokong beliau sendiri mengenai hala tuju parti baharu yang diketuai oleh orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak berita mengenai penubuhan Pribumi tersebut, seorang demi seorang individu berprofil tinggi mula meninggalkan ‘kem’ Mahathir dipercayai kerana tidak yakin dengan keupayaan Muhyiddin memimpin parti berlambang ciplak rangkaian klinik botoks tempatan itu.

Sebelum ini, dua ‘orang kuat’ Mahathir iaitu mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyertai parti pimpinan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Manakala pada Khamis, seorang lagi orang kuat Mahathir, iaitu mantan Ketua Wanita UMNO dan menteri Kabinet era beliau, Tan Sri Rafidah Aziz juga memberitahu media bahawa beliau juga enggan menyertai parti yang baharu di peringkat pendaftaran tersebut.

Terbaharu, pagi Jumaat sempena penghulu segala hari, Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba, mengesahkan beliau turut tidak akan menyertai parti baharu serpihan UMNO yang sedang diusahakan oleh Muhyiddin itu.

Tamrin dalam satu kenyataan media malah memberitahu, selain tidak menjadi ahli Pribumi, beliau yang pernah menyertai PAS pada 2012  itu juga telah menarik diri daripada menganggotai Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai Mahathir dengan pihak pembangkang.

Baca: Rafidah Enggan Sertai Parti Tun M, Masih Setia UMNO

tamrin1


Kata Tamrin lagi, dua keputusan besar tersebut yang sekali gus menjadi ‘bom’ tidak dijangka kepada kem Mahathir itu dibuat setelah memikirkannya dengan teliti dan beliau memberitahu: “Keputusan ini adalah muktamad dan berkuat kuasa pada hari ini.”

Ujarnya, buat masa ini beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas keluar PAS pada 2014. Tamrin sebelum ini merupakan ‘orang kuat’ Kempen Selamatkan Malaysia yang dicetuskan Mahathir untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ahli Parlimen Batu Berendam itu pernah disebut-sebut bakal menjadi Ahli Majlis Tertinggi Pribumi menjelang hari Muhyiddin menyerahkan permohonan bagi mendaftar parti itu di pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan di Putrajaya pada 9 Ogos lalu.

Terdahulu bekas menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar selain mantan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd. Fairuz Khairuddin juga menafikan pernah berhasrat menjadi ahli Pribumi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori