Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

4,000 Kunjungi Rumah Terbuka...

KOTA KINABALU - Kira-kira 4,000 orang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri di Jabatan Perdana...

Peminat ‘Histeria’ Di KLCC...

KUALA LUMPUR - Ruang legar Suria KLCC, di sini, pagi tadi 'bergegar' dengan...

Putera Charles Lawat Pangkalan...

BUTTERWORTH - Prince of Wales, Putera Charles hari ini menyuarakan keprihatinannya terhadap Perjanjian...

Pemandu Lori Maut Kemalangan...

KOTA KINABALU - Seorang pemandu kenderaan berat maut manakala seorang lagi cedera parah...

Tawau Lokasi Pertama Penyerahan Kunci Rumah PPA1M

TAWAU – Tawau menjadi lokasi pertama majlis penyerahan kunci rumah kepada pembeli di bawah program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata daerah itu mendahului kawasan lain berikutan projek berkenaan siap dua tahun lebih awal daripada yang dijangkakan pada 2018.

Beliau berkata 100 unit rumah di Tawau itu berkeluasan 1,800 kaki persegi dengan tawaran harga tidak melebihi RM300,000 melibatkan pembeli dalam kalangan penjawat awam daripada pelbagai agensi.

“Sepatutnya, majlis penyerahan kunci rumah pertama untuk projek ini dilakukan di Putrajaya pada Disember ini atau Januari tahun depan melibatkan lebih 3,000 unit.

“Namun, Tawau mendahului. Tahniah diucapkan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian dan penyerahan kunci PPA1M Bandar Sri Indah di sini.


Mengulas lanjut, Ali berkata pihaknya juga bercadang dan telah berunding dengan pemaju untuk tambahan 200 unit PPA1M di Tawau.

Beliau berkata jumlah pembinaan rumah PPA1M yang disasarkan di Sabah adalah sebanyak 7,000 unit. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PPA1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori