Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Ucap Takziah...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

PM Bakal Lancar Pelan...

JOHOR BAHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Pelan...

Kini Di Makkah, Zizan...

PELAWAK dan pelakon Zizan Razak sebelum ini pernah mengatakan bahawa dia mempunyai niat...

Mario Muncul Di Google...

KEJUTAN... Peminat permainan Super Mario Nintendo kini boleh mendapatkan bantuan ‘pembaiki paip’ Itali...

Teksi Tanpa Pemandu Mula Diuji Di Singapura

SINGAPURA – Perkhidmatan teksi tanpa pemandu memulakan sesi ujian di jalan raya di Singapura semalam dengan beberapa pelanggan terpilih untuk menaiki kenderaan canggih berkenaan.

Syarikat nuTonomy yang membangunkan teknologi itu memilih sekumpulan penumpang untuk memuat naik aplikasi di telefon pintar dan menaiki teksi itu secara percuma di daerah perniagaan di barat Singapura.

nuTonomy berharap penumpang memberi memberi maklum balas menjelang pelancaran perkhidmatan teksi itu pada 2018 dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

“Ini adalah satu detik bersejarah yang bakal mengubah bagaimana sebuah bandar dibina dan bagaimana kita melihat keadaan sekeliling,” kata eksekutif nuTonomy, Doug Parker.

Ujian itu dilakukan menggunakan kereta elektrik Mitsubishi i-MiEv dengan seorang jurutera duduk di tempat pemandu untuk memantau sistem dan mengambil alih kawalan sekiranya diperlukan.

Ujian itu dijalankan secara berterusan dan diikuti dengan beberapa ujian berasingan yang bermula sejak April lalu.


nuTonomy bekerjasama dengan kerajaan Singapura untuk membangunkan projek itu dan berharap 100 teksi berkenaan boleh beroperasi menjelang 2018.

Syarikat itu antara beberapa firma yang bersaing bagi melancarkan kereta tanpa pemandu.

Pembuat kereta dari Sweden, Volvo AB pada minggu lalu mengumumkan kerjasama dengan perkhidmatan kereta sewa, Uber untuk membangunkan kereta tanpa pemandu. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori