Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Mati Lemas Terperangkap...

BAGAN SERAI - Seorang lelaki mati lemas setelah terperangkap di dalam kenderaannya yang...

Aksi Kelantan Belum Capai...

MARAN - Prestasi pemain Kelantan yang semakin meningkat memberi kelegaan kepada jurulatih pasukan,...

PABM Angkat Bahasa Melayu...

PUTRAJAYA - Hasrat negara untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa semakin menjadi...

Penggodam Salah Eja Nama...

AKIBAT tersalah ejaan sewaktu melakukan transaksi, sekumpulan penjenayah siber secara tidak sengaja telah...

Tempahan Untuk Proton Persona Baharu Dibuka

KUALA LUMPUR – Proton Persona serba baharu, yang dijadual dilancarkan pada 23 Ogos, 2016, kini dibuka untuk tempahan, dengan bayaran tempahan RM300.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd. berkata model berkenaan ditawarkan pada harga antara RM47,000 dan RM61,000 di Semenanjung Malaysia, dan dari RM49,000 hingga RM63,000 di Sabah dan Sarawak.

“Persona serba baharu itu disediakan dalam tiga varian – standard, eksekutif dan premium (dengan dan tanpa kit badan).

“Enam warna ditawarkan iaitu ‘cotton white’, ‘fire red’, ‘sterling silver’, ‘graphite grey’, ‘quartz black’ dan warna baharu – ‘carnelian brown’,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata pengeluar kereta nasional itu menawarkan perkhidmatan percuma selama tiga tahun yang meliputi alat ganti dan perkhidmatan buruh sebagai tawaran pengenalan untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 Sept 2016.

“Langkah ini bertujuan menjadikan pelancaran model baharu itu lebih diingati dan seiring dengan bulan Kemerdekaan Malaysia,” katanya.


Proton Persona serba baharu ini ialah generasi kedua keluarga Persona yang mula diperkenalkan pada 2007.

Ia dikuasakan oleh enjin 1.6L VVT untuk penjimatan bahan api yang lebih baik dan merupakan kereta Proton pertama yang dilengkapi petunjuk Bantuan Pemanduan ECO. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori