Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

CEO AEON Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: AEON Co (M) Bhd (AEON) melantik Ono Keiji sebagai Pengarah Urusan...

3 Bot Nelayan, 40...

KUCHING - Tidak sampai 36 jam selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan...

Guna Pendekatan Keterangkuman Tangani...

KUCHING – Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak menggunakan...

5 Maut, 5 Parah...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala lima lagi cedera selepas sebuah...

Terima Hadiah Seluar Dalam Menang Pertandingan

PEMENANG satu pertandingan yang dianjurkan pada sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-71, terkejut apabila menerima sembilan helai seluar dalam wanita sebagai hadiah.

Kejadian aneh yang berlaku di Kecamatan Sumarorong, Mamasa, Wilayah Sulawesi Barat kira-kira 1,432 kilometer dari ibu kota Jakarta itu menimbulkan kemarahan pemenang dan penduduk setempat.

Portal berita tempatan Kompas.com melaporkan, tindakan penganjur sambutan tersebut yang menghadiahkan seluar dalam wanita itu sudah dilaporkan kepada pihak polis tempatan untuk tindakan.

Seorang tokoh masyarakat setempat, Henok berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan kepada polis supaya ia tidak berulang lagi apatah lagi diberi bersempena ulang tahun kemerdekaan republik itu sendiri.

Kata beliau lagi, kes pelik berkenaan turut berkait dengan unsur penghinaan dan berbaur gangguan seksual yang dilakukan oleh pihak penganjur tersebut kepada pemenang wanita.


Namun, penganjur tersebut dilaporkan memohon maaf atas keterlanjuran tindakan yang mungkin dianggap sebagai tidak beretika itu dan mungkin menjejaskan imej mangsa sekali gus memohon maaf secara terbuka. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori